Kadang faktor terlupa, itu yang menyebabkan terjadinya bacaan surah al-Fatihah diulang dalam satu rakaat ketika mengerjakan ibadah solat. Namun, terdapat persoalan yang timbul akan status sah solat sekiranya surah tersebut diulangi.
Bagi menjawab persoalan tersebut berkaitan dengan ibadah solat, berikut merupakan penjelasan daripada Ustaz Azhar Idrus.
Baca juga: 6 Tips Buat Anda Yang Ingin Buat UMRAH TRANSIT, Ikut Plan Ini Elak Tertinggal ‘Flight’ Seterusnya!
BACAAN SURAH AL-FATIHAH DIULANG DALAM 1 RAKAAT
“Ada seorang lelaki yang selalu mengulangi baca al-Fatihah dua kali dalam satu rakaat. Adakah sah solatnya?”
Bacaan al-Fatihah 2 kali dalam 1 rakaat
Menurut Ustaz Azhar, mengulangi bacaan al-Fatihah dua kali dalam satu rakaat tidak diperintahkan tetapi tidak membatalkan solat sekalipun dengan sengaja.
Kata Imam Nawawi:
فإن قرأ الفاتحة مرتين سهوا لم يضر ، وإن تعمد فوجهان الصحيح المنصوص لا تبطل ; لأنه لا يخل بصورة الصلاة
“Maka jika seorang membaca Fatihah dua kali sebab lupa nescaya tidak memberi mudarat. Dan jika disengajakan maka ada dua pendapat. Bermula pendapat yang sahih yang dinaskan tidak membatalkan kerana bahawasanya ia tidak merosakkan rupa solat.” (Kitab Al-Majmuk)
Baca juga: 3+ Aplikasi Tafsir & Tadabbur Al-Quran Orang Dewasa, Kanak-Kanak Punya Pun Ada Tau!
Baca juga: Cara Buat Solat Istikharah Untuk Dapat Jodoh, Tahun Depan Berbunyilah Kompang Depan Rumah!
Mengulang ayat atau kalimat atas sebab rasa sebutan kurang tepat
Kesahihan tentang status sah solat akan bacaan al-Fatihah yang berulang dalam rakaat sama, turut disokong dengan penjelasan Mufti Wilayah Persekutuan.
Malah, hukumnya tetap sama, sekiranya ayat atau kalimat dalam surah al-Fatihah diulang atas sebab-sebab tertentu seperti merasakan sebutan huruf kurang tepat atau tanpa apa-apa sebab.
Namun, dengan syarat tidak berlaku berhenti yang lama atau tidak berlaku muaalat. Muaalat ialah sambungan antara suatu ayat dengan ayat lain tidak terputus dalam tempoh yang lama, iaitu melebihi kadar satu kali henti bernafas.
Baca juga: 5 Panduan Cerai ‘Fast Track’, Kes Boleh Selesai Dalam Masa 1 Hari Je! Mudahnya Urusan~
Sumber: Ustaz Azhar Idrus / Mufti Wilayah Persekutuan
FT Image: beanahomequran