Umrah transit merupakan salah satu cara buat umrah. Di mana, ia boleh dilakukan oleh sesetengah individu yang singgah sebentar di negara Arab Saudi.
Kebiasaannya umrah transit berlaku apabila penerbangan seseorang Muslim itu singgah di Lapangan Terbang Antarabangsa Raja Abdulaziz, Jeddah dalam tempoh beberapa jam lamanya, yang membolehkan dia mengerjakan umrah di Makkah, sebelum menaiki pesawat lain dan menuju ke destinasi negara yang dituju.
Baca juga: 3+ Aplikasi Tafsir & Tadabbur Al-Quran Orang Dewasa, Kanak-Kanak Punya Pun Ada Tau!
CARA BUAT UMRAH TRANSIT
Sekiranya anda bakal berada dalam situasi tersebut, berikut merupakan tips cara buat umrah transit yang dikongsikan oleh Doktor Salehuddin Sulaiman melalui pengalaman beliau itu.
Baca juga: Cara Buat Solat Istikharah Untuk Dapat Jodoh, Tahun Depan Berbunyilah Kompang Depan Rumah!
Berkongsi tips untuk umrah transit (baca betul-betul, umrah transit ya, bukan umrah DIY).
1. Waktu minimum transit
Minimum 9 jam transit.
2. Individu yang pernah umrah
Bukan pertama kali buat umrah dalam hidup ya.
3. Elak transit pada hari sedemikian
Elakkan transit hari Khamis (terutamanya selepas Asar – sila periksa waktu solat) dan Jumaat. Orang ramai untuk 2 hari ini, double daripada hari biasa.
4. Buat umrah pada waktu-waktu ini
Sasarkan untuk buat umrah antara waktu Dhuha hingga sebelum Zuhur, atau kira-kira 1 jam selepas Isya’ sehingga 1 jam sebelum Subuh.
Ini waktu yang agak tenang untuk buat umrah.
5. Tambah waktu transit sekiranya…
Kalau tak dapat elak hari atau waktu dalam tips 3 dan 4, tambah extra 1-2 jam waktu transit.
Maknanya, kalau hari atau waktu biasa boleh teruskan dengan 9 jam transit, jadi kalau jumaat sekurang-kurangnya 11 jam.
6. Pengangkutan Jeddah-Makkah atau Makkah-Jeddah
Sehala, standard rate yang saya jumpa ialah 200 riyal untuk kereta Sedan (3-4 orang) dan 250 riyal untuk kereta MPV, termasuk STAREX.
Boleh nego terus dengan teksi sapu di airport Jeddah atau kalau nak selamat, tempah siap-siap dengan Umrah Cab (+966 565007957).
Kalau dengan pemandu persendirian yang pre-book, selalunya lebih mahal dalam 50 riyal.
Sekian tips travel untuk kali ini, Dr. Saleh.
Baca juga: 5 Panduan Cerai ‘Fast Track’, Kes Boleh Selesai Dalam Masa 1 Hari Je! Mudahnya Urusan~
Peringatan untuk buat tawaf perpisahan sebelum pulang
Sementara itu, di ruangan komen hantaran tersebut terdapat seorang individu yang berkongsikan nasihat kepada para Muslim yang membuat umrah transit untuk menyelesaikan ibadah tersebut sehingga melakukan tawaf wada’ (tawaf selamat tinggal).
“Kena masukkan sekali ye, kalau umrah transit kena selesaikan umrah dan terus buat tawaf wada sebelum meninggalkan bumi Makkah ke Jeddah.
Banyak yang ingat dah selesai niat miqat, tawaf umrah, saie, tahlul, tertib ibadah umrah dah selesai tapi tak buat tawaf wada tawaf perpisahan,” komen lelaki tersebut.
Sumber: Salehuddin Sulaiman
FT Image: ACTS Projects / Google