Portal Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan menjelaskan, cerai fast track merupakan inisiatif dan suatu inovasi proses kerja di mana pasangan yang bersetuju untuk bercerai di bawah peruntukan seksyen 47 Akta Undang-undang Keluarga Islam (Wilayah Persekutuan) 1984 dan tidak perlu menunggu selama 90 hari untuk menyelesaikan kes mereka.
Di mana, proses perceraian fast track ini diselesaikan kurang enam jam bermula daripada masa pendaftaran kes sehingga perintah bertulis dikeluarkan.
Baca juga: Individu Kena ‘Basuh’ Lepas Komen, “Taat Kepada Suami Itu MUTLAK Biarpun Dia Jahat Sekalipun!”
CERAI FAST TRACK: 5 PANDUAN PERMUDAHKAN PROSES
Sementara itu, melalui perkongsian dari seorang Peguam Syarie @azrieyyyyy di akaun Tiktoknya, terdapat lima panduan buat suami dan isteri yang ingin memohon perceraian secara Fast Track.
Jelasnya lagi, jika semua syarat ditetapkan seperti di bawah diikut dengan baik dan semua dokumen yang diperlukan oleh pihak mahkamah lengkap disediakan, maka proses perceraian akan selesai dalam masa beberapa jam sahaja.
Baca juga: Nak Tuntut Cerai Suami Ikut Ajaran Sesat, Wanita Ini Minta Tolong Sebab Buntu Tiada Bukti!
1. Salah satu pihak boleh memfailkan perceraian
Perceraian secara baik boleh dimohon sama ada dari pihak suami atau isteri. Ini bermaksud, selain suami sememangnya dibenarkan memfailkan perceraian, isteri juga boleh melakukan hal yang sama.
2. Perceraian dibuat dengan sukarela
Memfailkan perceraian mestilah dengan sukarela tanpa sebarang paksaan dari kedua-dua belah pihak.
3. Tidak boleh ada hubungan kelamin
Selain itu, pasangan yang memfailkan perceraian tidak boleh bersama iaitu mengadakan hubungan kelamin semasa tempoh menunggu tarikh sebutan.
4. Isteri suci dari haid
Seterusnya, pastikan si isteri dalam keadaan suci ketika tarikh sebutan tersebut. Sekiranya, isteri sedang dalam keadaan haid, maklumkan kepada pembantu dewan.
5. Tinggal berasingan
Digalakkan untuk tinggal berasingan untuk mengelak berlakunya hubungan kelamin antara pasangan yang memfailkan perceraian secara sukarela tadi.
@azrieyyyyy Part 48: Panduan bagi pasangan suami & isteri yang ingin bercerai secara Fast Track, Jika semua syarat yang ditetapkan diikut dengan baik dan semua doc yang diperlukan oleh pihak mahkamah disediakan, Maka proses bercerai akan selesai dalam masa beberapa jam sahaja. #lawyersyariekelantan #lawyersyarieazri #cerai #fasttrack
Baca juga: Suami Ini Rasa Berdosa Marahkan Isteri Kerana RM20, Sedih Bila Tahu Kisah Sebenar…
Sumber: Tiktok @azrieyyyyy / Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan
FT Image: Islam4u