Nur

5 Jenis Perceraian Popular, Sampai Kena Bayar Semula Mas Kahwin Jangan Buat Main!

8
SHARES
jenis perceraian

Perceraian bukanlah perkara yang diinginkan setiap pasangan yang berkahwin. Namun, apakan daya sekiranya perkahwinan tersebut seperti telur di hujung tanduk, tiada keindahannya dan berterusan makan hati berulamkan jantung, sebaiknya berpisah sahaja. Berbicara tentang ilmu cerai, terdapat beberapa jenis perceraian yang anda perlu tahu.

Menurut Peguam Syarie Perundangan Islam, Fahmi Ramli, terdapat 5 jenis perceraian yang popular di Mahkamah Syariah kaum wanita perlu tahu. Jadi, apakah ia? Mari teruskan pembacaan anda di bawah.

Baca juga: 9 Lafaz Talak Kinayah (Kiasan) Yang Mungkin Suami Pernah Ucap Pada Isteri, Anda Wajib Tahu!

JENIS PERCERAIAN

jenis perceraian

Gambar: freepic.diller

5 JENIS CERAI YANG POPULAR DI MAHKAMAH SYARIAH WANITA PERLU TAHU

1. Cerai seksyen 47, cerai persetujuan bersama/cara baik

Suami memang ada kuasa untuk lafaz cerai, tapi mesti dengan kebenaran hakim. Kalau tidak, kena denda nanti. Isteri boleh failkan, suami pun boleh failkan. Masalahnya, kalau suami tak bersetuju untuk lafaz cerai, maka seksyen ini tak boleh dipakai.

2. Pengesahan lafaz cerai

Suami lafaz cerai luar mahkamah, kena buat pengesahan di mahkamah. Kalau anda dapat rasakan suami ada lafaz, sama ada Lafaz Sarih/Jelas atau lafaz itu Lafaz Kinayah/Kiasan, WAJIB buka kes pengesahan di mahkamah. Biar mahkamah yang putuskan.

3. Cerai Takliq

Suami langgar atau tak patuh dengan janji dia selepas nikah. Lafaz takliq ini dibaca selepas akad nikah dan akan tertulis di Sijil Nikah anda. Kes ini boleh difailkan di Mahkamah Rendah Syariah. Isteri tuntut, dan isteri juga perlu buktikan dakwaannya di mahkamah.

4. Cerai Fasakh

Maksudnya, mahkamah ‘membubarkan’ perkahwinan dengan alasan yang ada di dalam undang-undang. Ada banyak alasan isteri boleh tuntut fasakh, cuma yang paling penting dakwaan itu perlu dibuktikan. Kalau hakim berpuas hati, maka sabitlah fasakh perkahwinan tersebut.

5. Tebus talak

Isteri membayar sejumlah wang kepada suami sebagai bayaran untuk menebus perkahwinan tersebut. Masalah besar jika salah satu pihak tak setuju untuk tebus talak atau tak setuju dengan jumlah tebus talak. Sepatutnya jumlah tebus talak adalah isteri memulangkan semula mahar perkahwinan, tetapi tidak disebut dalam undang-undang perkara sedemikian.

Baca juga: Hukum Suami Mengaku Bujang, Pasangan Berkahwin Kena Tahu!

Sumber: Fahmi Ramli

FT Image: freepik

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×