Ada orang mempunyai tahap kesabaran dan tenaga yang tinggi dalam sesuatu perkara. Namun, walau setinggi mana pun ia, pasti akan terhakis jua. Disebabkan itu, eloklah amalkan tasbih Fatimah ini seperti dikongsikan Puan Mazliana Mazlan di bawah.
Tasbih ini sesuai buat ibu bapa atau sesiapa sahaja yang berada dalam situasi ini terutamanya, bila berasa penat menguruskan keluarga. Ialah tidak semuanya indah, pasti ada kesukarannya juga. Semoga mengamalkan ia seusai tiap solat anda dapat memberikan sumber kekuatan yang diperlukan.
Baca juga: 2 Perkara Ini Wanita Kena Cek Betul-Betul Sebelum Solat, Kalau Tidak Jadi TAK SAH!
AMALKAN TASBIH FATIMAH SELEPAS TIAP SOLAT BILA PENAT URUS KELUARGA
Jadi ibu ini penat sebenarnya kan. Tambah bila anak tak sihat, kita sampai tak tidur. Tiga kali ibu, kemudian baru ayah.
Syurga tu mahal. Manusia paling agung di dunia, Rasulullah S.A.W, ajar anaknya zikir kalau penat uruskan keluarga. Sesuatu yang lebih baik dari seorang pembantu.
Baca tasbih Fatimah. Cuba konsisten setiap kali waktu solat. Lima kali sehari. Yakin, kesannya ajaib.
Sumber: Facebook Mazliana Mazlan