Nur

Rupanya Ini Sebab Kenapa Anak Lebih Baik Belajar Al-Quran Dari Ibunnya Sendiri

40
SHARES

Al-Quran merupakan kitab suci buat umat manusia yang beragama Islam. Ia merupakan mujkizat terbesar Nabi Muhammad SAW yang diturunkan oleh Allah SWT melalui perantaraan Malaikat Jibril kepada Baginda.

Sebagai seorang muslim, anak-anak sudah dididik untuk mengaji al-Quran seawal masih kecil. Menurut Doktor Sholihah Kaswari, adalah lebih baik sekiranya ibu sendiri yang mengajar anak mengaji kerana ia berikan kesan paling mendalam di dalam jiwa mereka.

Baca juga: 7 Amalan Sunnah Nabi Muhammad SAW Beri Manfaat Kepada Manusia Bila Dilakukan, Aman Hidup!

RENUNGAN KALAM LANGIT BUAT PARA IBUNDA…

Usahakan agar anak-anak anda belajar al-Quran daripada anda, kerana hal ini akan memberi kesan yang paling mendalam bagi jiwa anak-anak anda di kemudian hari.

Lalu perlihatkan diri anda kepada anak-anak anda sebagai pencinta al-Quran kerana itulah salah satu metode terbaik agar anak-anak anda cinta terhadap al-Quran.

Suara merdu anda ketika membaca al-Quran di hadapan anak-anak anda menjadi suara terindah bagi anak-anak anda kelak ketika mereka dewasa.

Keikhlasan anda mengajarkan al-Quran kepada anak-anak anda akan menciptakan keajaiban demi keajaiban dalam hidup anda yang anda sendiri tidak menyangka sebelumnya. Itulah keberkatan al-Quran.

WAHAI IBU JANGAN BERKELUH KESAH & PATAH SEMANGAT MENGAJAR KERANA…

Gambar hiasan: Pinterest.

Maka, janganlah anda berkeluh kesah dan patah semangat terhadap anak-anak anda yang susah payah memperbaiki bacaan al-Quran. Kerana boleh jadi hal itu akan menjadi tangga menuju kemuliaan hidup anda kelak.

Allah tidak akan mensia-siakan sedikitpun hasil usaha anda.

Mungkin anda akan merasakan kepenatan dan keletihan ketika mengajarkan al-Quran kepada anak-anak anda, sehingga anda pun bosan, jenuh, emosional dan kecewa. Namun, ketahuilah bahawa jerih payah anda pasti akan dibayar mahal oleh Allah.

TITIPKAN DOA INI KE UBUN ANAK SEBELUM PERGI KE SEKOLAH

Gambar hiasan: Keluarga.my

Maka, wahai para ibunda!

Ketika anak-anak anda berangkat sekolah di pagi hari, tataplah kedua bola matanya, pandanglah wajahnya, lalu panjatkan doa untuknya dengan keikhlasan walaupun hanya dengan ucapan “rabbi habli minas salihin”, “wahai Tuhanku, kurniakanlah aku anak yang solih.”

Lalu mohonlah agar Allah menjadikannya sebagai ahli al-Quran, kemudian hembuskanlah ke ubun-ubunnya dan ulangilah tindakan itu secara istiqamah.

Wallau A’lam.

*Disadur daripada “Renungan Kalam Langit” karya Dr. Ahsin Sakho Muhammad

“SEPANJANG MENGAJAR ANAK BACA AL-QURAN TIMBUL TIMBUL PELBAGAI RASA HINGGA NAK HANTAR DEKAT ORANG NAMUN…”

Meninjau di ruangan komen, ternyata perkongsian ini telah menyentuh hati para ibu untuk berusaha dengan lebih baik dalam mendidik anak terutamanya mengajar al-Quran kepada mereka.

Terdapat dalam kalangan mereka, yang terus bersabar sewaktu mengajar sendiri anak mengaji walaupun diduga dengan pelbagai rasa yang timbul. Ibu memang hebat!

Malah, ada juga yang dulu sewaktu kecil sudah terbiasa di ajar mengaji oleh emak, maka diterapkan semula kepada anak sendiri setelah menjadi ibu. Sungguh indah~

Sumber: Facebook Dr. Sholihah Kaswari

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×