Nur

Isteri, Amalkan Zikir Ini Sebelum Tidur Setiap Hari, Penat Lelah Kerja Rumah Langsung Tak Rasa

7
SHARES
tasbih fatimah

Menerusi perkongsian seorang pengguna Facebook bernama Khairul Amin Hassan, dia mendedahkan bahawa dengan membaca Tasbih Fatimah setiap hari sebelum tidur dapat membantu seseorang itu bangun pagi lebih segar.

Jelasnya, Tasbih Fatimah ini boleh dibaca oleh kaum isteri di luar sana yang kepenatan dengan kerja di pejabat dan di rumah. Jom amalkan.

Baca juga: Idea Tentatif Majlis Nikah & Sanding Hari Yang Sama, Sudah Pasti Lebih JIMAT Kos…

TASBIH FATIMAH SEBELUM TIDUR, BANGUN PAGI RASA SEGAR

TASBIH FATIMAH

Saya nak kongsi satu amalan untuk kaum isteri, bangun pagi pasti akan rasa segar dan bertenaga. Caranya adalah nanti sebelum tidur, baca dulu tasbih Fatimah.

  • 33x Subhanallah
  • 33x Alhamdulillah
  • 34x Allahuakbar

Kelebihan baca Tasbih Fatimah

Antara kelebihan lain membaca Tasbih Fatimah adalah:

1. Dekatkan diri kepada Allah

Amalan membaca tasbih ini dapat membantu mengukuhkan hubungan rohani antara hamba dan Allah SWT.

2. Tasbih Fatimah – Sentiasa rasa bersyukur

Ungkapan “Alhamdulillah” melatih diri untuk sentiasa bersyukur atas nikmat yang diberikan oleh Allah SWT Rezeki, kesihatan, dan kebaikan dalam kehidupan.

3. Tenangkan jiwa

Kelebihan selanjutnya membaca Tasbih Fatimah adalah dapat memberi ketenangan kepada jiwa dan mengurangkan stres. Dengan menyebut nama Allah secara berulang kali, hati pasti akan menjadi lebih damai.

4. Tingkatkan keimanan

Membaca Tasbih Fatimah juga boleh meningkatkan keimanan dan ketakwaan seseorang itu kepada kekuasaan Allah SWT. Mengamalkannya secara konsisten adalah sangat dianjurkan.

Menjengah ke ruangan komen perkongsian tersebut, pengguna media sosial memberitahu bahawa sifat malasnya semakin berkurang sejak mengamalkan Tasbih Fatimah setiap hari.

“Dah bertahun saya amalkan, alhamdulillah memang pagi-pagi saya rasa segar dan tak pernah rasa malas nak bangun awal. Walhal rasa tak cukup tidur malam tadi tapi tetap boleh bangun. Baru saya tahu asbab amalan ini lah yang buatkan saya bertenaga pagi-pagi,” luahnya.

Diharapkan perkongsian ini dapat memberi manfaat buat semua pembaca di luar sana.

Baca juga: Isteri Makin ‘Tak Keruan’ Bila Suami Guna 7 Panggilan Manja Ini, Barulah Sweet Tersenyum-Senyum Bila Dipanggil…

Sumber: Facebook Khairul Amin Hassan & Ustazah Asma Harun

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×