Dalam Islam, panggilan manja untuk isteri merupakan satu cara menunjukkan kasih sayang, penghargaan, dan hormat terhadap pasangan.
Panggilan manja yang digunakan suami untuk isteri bukan hanya sekadar sebutan, tetapi juga mencerminkan hubungan kasih sayang yang erat dan harmonis dalam rumah tangga.
Baca juga: Sunnah Setelah Akad Nikah Yang Pengantin Terlupa Buat, Rugi Kalau Tak Baca Doa Ini
PANGGILAN MANJA UNTUK ISTERI MENURUT ISLAM, SWEET SANGAT
1. Habibti
Panggilan manja untuk isteri yang suami boleh gunakan adalah habibti yang membawa maksud cintaku atau kesayanganku. Lebih manis sekiranya si isteri memanggil suami sebagai habibi.
2. Umi
Panggilan manja untuk isteri selanjutnya adalah umi. Ia tidak terhad kepada anak sahaja kerana suami juga boleh memanggil isteri tersayang dengan panggilan sebegitu.
Umi berasal dari perkataan Arab yang bermaksud ibu. Ia menggambarkan betapa pentingnya seorang isteri dalam hidup suami.
3. Panggilan manja untuk isteri – Ya Zawjati
Ya Zawjatii berasal dari perkataan Arab zawjatun yang membawa maksud wahai isteriku. Panggilan ini boleh digunakan setiap hari untuk membuatkan isteri anda rasa dihargai.
Ya Zawjati juga melambangkan kejujuran seorang suami terhadap isterinya yang tercinta.
4. Albi
Seterusnya, panggilan manja untuk isteri boleh digunakan oleh suami adalah albi yang membawa maksud jantung hatiku. Jika memanggil orang tersayang dengan sebutan albi seakan-akan orang tersebut adalah ‘jantung hati’ kita.
5. Panggilan manja untuk isteri – Hayati
Walaupun seakan-akan memanggil nama, namun hayati sesuai dijadikan nama panggilan untuk isteri. Hayati membawa maksud hidupku dan segala yang berkaitan dengan hidup.
6. Zaujati
Panggilan ini sering dipadankan dengan zauji yang membawa maksud suamiku. Namun jika para suami inginkan kelainan, boleh juga memanggil isteri dengan panggilan zaujati yang membawa maksud isteriku.
7. Sayang
Panggilan manja untuk isteri yang terakhir sekali adalah sayang. Panggilan ini biasa digunakan dalam kalangan suami isteri untuk meluahkan rasa cinta terhadapi diri masing-masing.
*Jadi, nak panggil isteri dengan cadangan yang mana satu ya?
Baca juga: Contoh Panggilan Manja Untuk Suami Menurut Islam, Confirm ‘Cair’ & Lebih Disayangi
Sumber: Bidadari & Pop Mama