Umum mengetahui ubat kuat lelaki digunakan ketika melakukan hubungan seksual bersama isteri agar lebih ‘berkesan’. Walau bagaimanapun, sesetengah ubat mengandungi bahan berbahaya sehingga mendatangkan kesan sampingan.
Para lelaki perlu berhati-hati memilih terutamanya jenis sapu kerana boleh mengakibatkan anda mati pucuk. Ikuti penjelasan lanjut mengenai bahaya ubat kuat lelaki di bawah ini.
Baca juga: Isteri, Jangan Minta Dikurniakan Sabar Tetapi Ini Doa Yang Sesuai & Lebih Spesifik
BAHAYA UBAT KUAT LELAKI JENIS SAPU, JAGA-JAGA
1. Disfungsi erektil
Pengunaan ubat kuat lelaki jenis sapu seperti tisu ajaib, ia boleh menyebabkan si lelaki mengalami disfungsi erektil atau mati pucuk.
Hal ini kerana kandungan benzocaine menyebabkan pengurangan sensitiviti saraf pada zakar di mana menjadikan zakar kurang responsif terhadap rangsangan semasa hubungan seksual. Akibatnya, lelaki tidak dapat mencapai atau mengekalkan ereksi.
2. Ubat kuat – zakar rasa pedih & luka
Seterusnya, penggunaan ubat kuat lelaki jenis sapu terutamanya tisu ajaib boleh menyebabkan zakar rasa pedih dan luka kerana mengandungi alkohol.
Menyapu bahan yang mengandungi alkohol dengan kerap secara terus di kulit boleh menyebabkan zakar rasa pedih seolah-olah terbakar.
Rasa pedih berpanjangan sudah tentunya mengakibatkan si lelaki tidak selesa ketika mengadakan hubungan seksual bersama isteri tersayang.
3. Kulit zakar jadi kering
Selanjutnya, ubat kuat lelaki jenis sapu biasanya mengandungi minyak wangi. Sekiranya anda menyapu dengan kerap, ia boleh menyebabkan iritasi seperti zakar menjadi gatal, kemerahan dan kering.
4. Alergi pada bahagian zakar
Ubat kuat jenis sapu juga boleh mengakibatkan alergi di bahagian zakar. Ini boleh menyebabkan alat sulit lelaki ruam, gatal dan mengalami bengkak.
5. Gangguan hormon
Pengunaan ubat kuat jenis sapu boleh menyebabkan si suami mengalami gangguan hormon di mana penurunan libido, obesiti dan masalah kesihatan lain.
Perlu diingatkan agar para lelaki di luar sana sentiasa berhati-hati jika menggunakan ubat kuat dan ikut arahan disediakan. Ada baiknya jika dapatkan nasihat pakar terlebih dahulu sebelum melakukan sesuatu perkara.
Semoga bermanfaat!
Baca juga: Suami Guna Alat Bantuan Sek* Ketika Bersama Untuk Kepuasan Maksima. Ini Hukumnya…
Sumber: Orami & Alo Dokter