Suami Isteri

Lelaki Juga Kena Makan Asid Folik Lepas Berkahwin, Ini 5 Manfaatnya Perlu Anda Tahu!

11
SHARES
ASID FOLIK UNTUK LELAKI

Umum mengetahui, wanita selepas berkahwin dinasihatkan untuk makan asid folik agar risiko bayi kecacatan lebih rendah. Namun, tahukah anda bahawa asid folik untuk lelaki juga penting?

Banyak manfaat asid folik untuk lelaki antaranya adalah dapat meningkatkan kesuburan sperma. Nak tahu lagi? Ikuti penjelasan lanjut artikel ini sehingga habis.

Baca juga: Cuba Check Muka Ada Tak 9 Tanda Ini, Jika Ada Mungkin Anda Alami Masalah Kesihatan!

INFO TENTANG ASID FOLIK UNTUK LELAKI, PENTING

ASID FOLIK UNTUK LELAKI

1. Boleh tingkatkan kesuburan

Asid folik untuk lelaki bertujuan untuk meningkatkan kesuburan. Kajian mendapati pengambilan asid folik mampu meningkatkan jumlah sperma sebanyak 74%.

Selain itu, nutrisi asid folik mampu membuatkan sperma bertambah kualiti dan ia dapat mengurangkan kecacatan kromosom sperma.

Asid folik juga membantu proses pembentukan sperma yang dipanggil spermatogenesis.

2. Mengalakkan pertumbuhan rambut

Selain untuk meningkatkan kesuburan, asid folik juga boleh membantu mengurangkan rambut gugur. Salah satu sebab asid folik dikatakan menggalakkan kesihatan rambut adalah kerana ia memainkan peranan dalam pertumbuhan sel yang sihat.

3. Tingkatkan kesihatan jantung

Penyakit jantung menjadi punca utama kematian di seluruh dunia. Antara faktor penyakit jantung dan strok adalah aras darah tinggi homocysteine.

Jadi, asid folik memainkan peranan penting dalam metabolisme homocysteine ​​dan membantu mengekalkan tahap rendah dalam badan.

Selain meningkatkan kesihatan jantung, asid folik juga boleh mengawal darah tinggi.

4. Kesihatan mental

Tahukah anda lelaki juga boleh mengalami kemurungan selepas isteri bersalin? Kajian mendapati kekurangan folat di dalam badan boleh menjadi punca tekanan.

Jadi, bagi mengelakkan masalah kemurangan berpanjangan boleh ambil suplemen asid folik atau makan makanan tinggi folat seperti cadangan di bawah.

5. Kurangkan risiko kanser 

Kekurangan folat dalam badan boleh meningkatan risiko kanser dan perkara ini boleh dielakkan dengan pengambilan asid folik dalam kehidupan seharian.

MAKANAN YANG KAYA DENGAN FOLAT

Antaran makanan dan suplemen yang kaya dengan nutrisi folat adalah:

  • Sayur hijau
  • Buah-buahan
  • Kekacang
  • Daging dan telur
  • Suplemen vitamin B

Walau bagaimanapun, pengambilan doa asid folik yang tinggi mungkin ada kesan sampingan. Dapatkan nasihat doktor sebelum anda mengambil asid folik.

Semoga bermanfaat!

Baca juga: Mati Pucuk & Pancut Awal Masalah Kaum Lelaki Selalu Hadapi, Ketahui Ini Perbezaanya

Sumber: Healthline & Natalist

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×