Antara petanda masalah kesihatan yang anda perlu ambil berat adalah sekiranya terdapat perubahan di sekitar wajah. Hal ini kerana ramai beranggapan itu merupakan perkara biasa dan tidak perlu dikhuatiri.
Perhati 9 tanda seperti perkongsian di bawah dan segera dapatkan nasihat doktor jika ada. Jangan tangguh lama-lama!
Baca juga: Ibu Kongsi Tips Kuatkan Ingatan Dan Fokus Anak, Kena Banyak Makan Buah Ini
TANDA PADA WAJAH YANG MUNGKIN JADI PETANDA MASALAH KESIHATAN
1. Bulu di bahagian muka gugur
Sekiranya anda mendapati bulu mata atau kening gugur, ia boleh menjadi tanda mengenai masalah kesihatan. Perkara ini boleh berlaku apabila sistem imun menyerang folikel rambut sehingga menyebabkan keguguran.
2. Perubahan bentuk muka
Perubahan bentuk muka boleh menjadi petanda bahawa ia adalah disebabkan strok. Jika anda sering berasa kebas di bahagian tangan dan muka, jangan abaikan tanda ini kerana ia mungkin berkaitan dengan masalah kesihatan.
3. Ada tahi lalat baru
Jika anda mendapati ada tahi lalat baharu di muka, segera lakukan pemeriksaan doktor kerana ia mungkin disebabkan oleh penyakit.
Tahi lalat sedia ada juga perlu dilihat perubahan seperti warna, gatal-gatal atau pendarahan.
4. Ruam dan gatal-gatal
Ruam dan gatal-gatal di bahagian wajah mungkin petanda masalah kesihatan yang berkaitan dengan penghadaman. Contohnya, penyakit radang usus (IBD) di mana turut menjejaskan usus besar sehingga menyebabkan kegatalan dan ruam.
5. Kulit pucat
Kulit bertukar pucat bukan sesuatu masalah yang anda boleh biarkan kerana ia mungkin berkaitan masalah kesihatan. Kulit kekuningan boleh menjadi tanda anemia.
6. Lingkaran bawah mata gelap
Bengkak dan lingkaran gelap bawah mata bukan sahaja boleh mengganggu keyakinan diri malah ia juga tanda anda ada masalah kesihatan seperti alergi, kurang minum air putih dan genetik.
7. Bulu tumbuh lebat di bahagian muka
Petanda masalah kesihatan yang seterusnya adalah bulu tumbuh lebat di bahagian dagu, bibir atas dan garis rahang. Perkara ini berlaku disebabkan ketidakseimbangan hormon yang dipanggil Sindrom Ovari Polikistik (PCOS).
8. Bibir kering
Jika bibir kerap kering dan mengelupas, ia perlu dapatkan rawatan doktor segera kerana mungkin disebabkan oleh diabetes dan hipotiroidisme.
9. Kelopak mata warna kuning
Kelopok mata ada bintik-bintik warna kuning disebabkan tinggi kolesterol dan dipanggil xanthelasma. Secara tidak langsung risiko penyakit jantung lebih tinggi.
Walaupun sembilan tanda di atas kelihatan seperti biasa tetapi sebenarnya bahaya jika dibiarkan!
Semoga bermanfaat.
Baca juga: 7 Kelebihan Mandi Sebelum Subuh, Salah Satunya Elak Terkena Penyakit!
Sumber: The Healthy