Sihat

Jangan Malu Kalau Punggung Jatuh & Tak Lebar, Nah 7 Cara Besarkan Supaya Lebih Menawan

14
SHARES
CARA BESARKAN PUNGGUNG

Sesetengah wanita mengimpikan untuk memiliki punggung besar supaya lebih menawan dan ‘disayangi’ suami. Walaupun tidak mudah tetapi ada beberapa cara besarkan punggung anda boleh cuba di rumah.

Tidak perlu mengeluarkan sejumlah wang yang banyak, anda pasti puas hati dengan cara dikongsikan di bawah. Kuncinya adalah kena konsisten dan jangan putus asa.

Baca juga: Untuk Kaum Wanita, Jangan Pakai Bra Salah Saiz. Kesannya Memang Bahaya!

CARA BESARKAN PUNGGUNG SUPAYA LEBIH MENAWAN

CARA BESARKAN PUNGGUNG

1. Senaman

Jika anda berhasrat ingin membesarkan punggung supaya lebih menawan, antara cara boleh dicuba adalah dengan melakukan beberapa jenis senaman.

Antaranya adalah:

Squats: Senaman squats boleh memejal dan membesarkan punggung. Caranya adalah pandang ke hadapan dengan tegakkan bahagian belakang.

Pastikan anda jaga keseimbangan antara tumit dan jari kaki untuk mengelakkan garis lutut melepasi aras jari kaki.

Glute bridge: Senaman glute bridge mampu menguatkan otot, hamstring dan dalam masa yang sama boleh membesarkan punggung.

Caranya mudah sahaja di mana anda hanya perlu baring, bengkokkan lutut dan angkat punggung. Ketika mengangkat punggung tahan selama 30 saat.

Plank: Walaupun senaman plank kelihatan seperti mudah untuk dilakukan namun ia memerlukan tenaga yang banyak. Senaman ini antara cara anda boleh cuba.

2. Amalkan pemakanan seimbang 

Punggung tidak boleh dibesarkan tanpa die seimbang. Pastikan anda amalkan pemakanan yang bersesuaian seperti keledek kerana ia boleh membantu memejalkan punggung.

Anda juga boleh menambah buah-buahan kering dalam pemakanan harian kerana ia kaya dengan lemak sihat. Perlu diingatkan agar tidak mengamalkan makanan fast food kerana tidak sesuai.

3. Cara besarkan punggung – minum banyak air

Air adalah penting untuk memiliki kulit sihat dan punggung yang lebih besar. Pastikan minum sekurang-kurangnya 8 gelas air sehari.

Minum air juga merupakan tabiat yang baik kerana ia boleh memberi manfaat kepada kesihatan dalaman.

4. Tidur secukupnya

Bukan hanya itu, antara cara besarkan punggung adalah anda perlulah tidur secukupnya sekurang-kurang 7 jam. Ini akan membantu mengurangkan tekanan dan meningkatkan metabolisme.

5. Guna krim besarkan punggung

Krim besarkan punggung boleh digunakan dan lebih berkesan jika ditambah dengan senaman seperti cadangan di atas. Sesetengah produk boleh mencegah daripada kendur dan mampu menegangkan serta menggebukan punggung.

Walau bagaimanapun, kebanyakan krim ini tidak memberikan hasil yang dijanjikan dan mungkin mempunyai kesan sampingan. Jadi, berhati-hati bila gunakannya.

6. Urut punggung

Cara semula jadi boleh dicuba untuk membesarkan punggung adalah dengan melakukan urutan. Urut bahagian paha dan punggung dengan minyak herba untuk mendapatkan hasil.

Disyorkan untuk urut selama 15-20 minit dua kali sehari. Mesti puas hati!

7. Ambil suplemen bersesuaian

Suplemen bersesuaian boleh dimakan sebagai alternatif untuk membesarkan punggung. Pastikan anda ambil suplemen yang mengandungi ekstrak herba supaya hormon estrogen boleh meningkatkan saiz punggung.

Tujuh cara di atas diharapkan boleh membantu anda mendapatkan punggung idaman. Semoga bermanfaat!

Baca juga: 12 Jenis Payudara Wanita Yang Anda Kena Tahu, Tak Sama Tau!

Sumber: Healthline & Brussels Morning

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×