Sihat

Minuman Untuk Sejukkan Badan Macam Orang Cina Selalu Amalkan, Memang Lega & Sedap!

28
SHARES
minuman untuk sejukkan badan

Daun pecah beling merupakan tumbuhan herba yang boleh dijadikan minuman untuk sejukkan badan. Menurut perkongsian Amanda Tan di laman Facebook, air rebusan daun tersebut akan ditambah dengan beberapa bahan lain untuk diminum setiap minggu.

Selain diminum bertujuan menyejukkan badan, air itu juga boleh melegakan batuk, demam dan merawat kencing manis. Lebih menarik lagi, air ini merupakan air kegemaran kaum Cina.

Baca juga: Ustaz Azhar Idrus Kongsi Penawar Darah Tinggi & Kencing Manis Guna Buah Lemon

CARA BUAT MINUMAN UNTUK SEJUKKAN BADAN, BERKESAN

minuman untuk sejukkan badan

Hari ini saya nak kongsikan satu petua yang anda boleh amalkan menggunakan daun pecah beling /daun pecah kaca/daun jeneral muka hitam. Orang Cina mengenalinya sebagai Hak Min Cheong Khuan. Daun ini sangat sangat bagus dan berkhasiat untuk kesihatan antaranya:

Berikut adalah resipi penyediaan daun teh pecah beling ala gaya orang cina ya. Kami amalkan rebusan di bawah apabila cuaca panas.

Bahan-bahan: 

  • 20 hingga 30 helai daun pecah beling yang sudah dikeringkan
  • 1x pek gula sarang lebah
  • 2x biji luo han guo
  • 4 litre air

Cara penyediaan:

1. Mula-mula masukkan buah luo han guo dan daun pecah beling ke dalam air mendidih.

2. Biarkan air rebusan bertukar warna kehitaman dan baru masukkan gula sarang lebah.

3. Biarkan sehingga gula cair dan mendidih.  Tutup api dan biarkan suam.

Minuman untuk sejukkan badan bukan sahaja sedap tetapi banyak juga fungsi lain seperti melegakan batuk dan demam. Jadi minumlah seminggu 1 atau 2 kali untuk penjagaan badan.

Selamat mencuba!

Baca juga: Siapa Sangka Buah Nanas & Lobak Putih Boleh Hilangkan Gout, Macam Ini Caranya

Sumber: Facebook Amanda Tan

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×