Dapur

Ibu Kongsi Tips Hilangkan Batuk Guna Air Ini, Tak Sangka Memang Berkesan Rupanya!

4
SHARES
TIPS HILANGKAN BATUK

Batuk berpanjangan boleh mengganggu aktiviti harian kerana tekak gatal dan tidak selesa. Selain makan ubat, ada satu tips hilangkan batuk menggunakan air sarsi seperti perkongsian Puan Mozairina Mohd di laman Facebooknya.

Pasti ramai yang belum tahu, sebenarnya air sarsi boleh meredakan batuk. Kalau nak tahu caranya, baca artikel ini sampai habis.

Baca juga: Penawar Kencing Manis & Darah Tinggi, Kena Minum Air Kelapa Muda Limau Nipis Ini

TIPS HILANGKAN BATUK GUNA AIR INI, MENJADI!

TIPS HILANGKAN BATUK

Menerusi hantaran tersebut, dia menyatakan bahawa dengan cara begini, batuk anaknya hilang dan pulih. Caranya mudah sahaja iaitu dengan memanaskan air sarsi dan minum.

“Last guna petua ni. Panaskan air sarsi bagi minum untuk hilangkan batuk. Alhamdulillah batuk cik mia dah hilang. Demam dah baik. Harini dah boleh kembali ke asrama/sekolah. Semoga anak ibu baik-baik sahaja ya. Sempat bagi 2 cawan je batuk hilang serta merta,” ujarnya.

Walau bagaimanapun, petua ini tidak digalakkan dibuat selalu kerana risau kandungan gula dalam air tersebut. Sekiranya batuk berpanjangan, boleh dapatkan rawatan doktor.

Antara cara lain untuk melegakan batuk adalah:

  • Makan madu semula jadi
  • Banyak minum air
  • Kumur air garam
  • Mandi guna air suam
  • Makan bawang putih dicampur madu
  • Makan halia dicampur madu
  • Minum air kunyit
  • Makan yogurt
  • Hidu bawang merah/bawang putih
  • Makan nanas
  • Minum air kulit kayu manis
  • Minum air limau nipis dicampur madu
  • Tidur yang cukup
  • Jaga kebersihan

Semoga bermanfaat dan selamat mencuba!

Baca juga: Ini Cara Orang Dulu-Dulu Hilangkan Bau Ketiak, Kena Guna Daun Limau Purut Baru Wangi

Sumber: Facebook Mozairina Mohd

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×