Nur

6 Situasi Buka Aib Yang Dibenarkan Dalam Islam, Jangan Asyik Cerita Buruk Orang!

2
SHARES
HUKUM BUKA AIB ORANG

Sejak akhir-akhir ini, isu mengenai aib pasangan mula dikongsi secara terang-terangan menjadi topik hangat. Namun pernah tak anda terfikir apa hukum buka aib orang mengikut syarak Islam?

Jawapannya ada di dalam artikel ini dan diharapkan penjelasan daripada Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan memberi manfaat kepada semua.

Baca juga: Awas! Jangan Angkat Pakaian Di Jemuran Lepas Maghrib, Ustaz Kongsi Sebabnya

HUKUM BUKA AIB ORANG, INI PENJELASANNYA

HUKUM BUKA AIB ORANG

Tidak dinafikan, dalam perkahwinan pasti akan berlakunya ketidaksefahaman antara suami dan isteri walaupun hanya hal kecil sahaja.

Firman Allah SWT:

وَلَا تَجَسَّسُوا وَلَا يَغْتَب بَّعْضُكُم بَعْضًا ۚ أَيُحِبُّ أَحَدُكُمْ أَن يَأْكُلَ لَحْمَ أَخِيهِ مَيْتًا فَكَرِهْتُمُوهُ ۚ وَاتَّقُوا اللَّهَ ۚ إِنَّ اللَّهَ تَوَّابٌ رَّحِيمٌ

Maksudnya: “Janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang; dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani.” Surah al-Hujurat (12)

Allah SWT melarang hambanya daripada bersangka buruk kepada ahli keluarga dan orang lain. Perbuatan ini termasuk dalam dosa-dosa besar.

Membuka aib pasangan adalah perbuatan yang ditegah di sisi syarak kecuali terdapat terdapat beberapa keperluan dan hajat yang mendorong salah satunya untuk berbuat demikian. Ia sesuai dengan tuntutan ajaran Rasulullah SAW supaya berkata perkataan yang baik-baik atau berbuat senyap sekiranya tiada keperluan.

Larangan ini juga ditambah dengan ancaman di akhirat seperti mana yang diriwayatkan daripada Abu Qatadah bahawa Nabi SAW bersabda:

مَنْ قَعَدَ عَلَى فِرَاشِ مُغِيبَةٍ قَيَّضَ اللَّهُ لَهُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ ثُعْبَانًا

Maksudnya: “Orang yang membuka aib pasangannya, Allah akan mengikatnya dengan ular besar pada haiamat nanti.” (Riwayat Ahmad)

BUKA AIB YANG DIBENARKAN SYARAK

HUKUM BUKA AIB ORANG

Aisyah RA meriwayat sepotong hadis, kata beliau:

قَالَتْ هِنْدٌ أُمُّ مُعَاوِيَةَ لِرَسُولِ اللهِ صلى الله عليه وسلم إِنَّ أَبَا سُفْيَانَ رَجُلٌ شَحِيحٌ فَهَلْ عَلَيَّ جُنَاحٌ أَنْ آخُذَ مِنْ مَالِهِ سِرًّا قَالَ خُذِي أَنْتِ وَبَنُوكِ مَا يَكْفِيكِ بِالْمَعْرُوفِ.

Maksudnya: “Hindun Ummu Mu’awiyyah pernah mengadu kepada Rasulullah SAW bahawa suaminya, yang bernama Abu Sufyan adalah seorang yang sangat kedekut, maka adakah dia boleh mengambil harta suaminya secara sembunyi-sembunyi. Lalu Rasulullah SAW menjawab, ‘Ambillah untukmu dan anak-anakmu secukupnya dengan cara yang baik.” (Riwayat Bukhari)

Hadis di atas menjelaskan bahawa perbuatan menceritakan aib pasangan bagi tujuan penyelesaian terhadap kezaliman adalah harus.

Menurut Imam al-Nawawi, terdapat enam sebab dibenarkan untuk membuka aib seseorang:

1. Mengadu kezaliman kepada pihak yang mempunyai bidang kuasa atau kemampuan untuk berlaku adil kepadanya daripada orang yang berlaku zalim terhadapnya.

2. Mencari pertolongan daripada orang tertentu yang mampu mengubah kemungkaran dan membawa si pelaku maksiat ke jalan kebenaran.

3. Meminta fatwa daripada mufti.

4. Memberi amaran kepada seseorang terhadap kemungkaran dengan menasihati dan memberitahunya berkenaan perihal buruk seseorang yang tidak harus dia ikuti.

5. Menyebut dan mendedahkan kesalahan dan maksiat yang dilakukan secara terang-terangan. Namun haram membuka aibnya berserta kesalahan-kesalahan lain yang tidak dilakukan secara terang-terangan, kecuali atas tujuan tertentu seperti yang dinyatakan di atas.

6. Menyebut seseorang dengan panggilan yang buruk kerana hanya dengan panggilan tersebut sahaja dia dikenali. Sekiranya panggilan tersebut digunakan untuk merendah-rendahkan atau mengejek, ia adalah haram.

Jadi, kesimpulannya, hukum buka aib orang lain, pasangan dan ahli keluarga adalah dilarang. Namun, terdapat pengecualian pada kes-kes tertentu melalui saluran-saluran yang berautoriti.

Baca juga: Terbangun Sepertiga Malam, Rasulullah SAW Ajar Supaya Buat 5 Perkara Ini

Sumber: Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×