Nur

Terbangun Sepertiga Malam, Rasulullah SAW Ajar Supaya Buat 5 Perkara Ini

168
SHARES
DOA SEPERTIGA MALAM

Antara amalan yang boleh dilakukan sekiranya bangun tengah malam adalah solat tahajud. Selain itu, terdapat beberapa doa sepertiga malam boleh diamalkan seperti yang dilakukan oleh Rasulullah SAW.

Kalau Allah kejut kita pada waktu tersebut, itu merupakan masa paling mujarab untuk berdoa. Jadi, rebutlah kelebihan ini.

Baca juga: 7 Senarai Surah Ini Anda Kena Tahu & Hafal, Baru Hidup Tak Sia-Sia

JANGAN LUPA BACA 5 DOA SEPERTIGA MALAM INI

DOA SEPERTIGA MALAM

Antara doa yang boleh dibaca adalah:

للَّهُمَّ إِنِّيْ أَسْأَلُكَ الْعَافِيَةَ فِي الدُّنْيَا وَاْلآخِرَةِ، اَللَّهُمَّ إِنِّيْ أَسْأَلُكَ الْعَفْوَ وَالْعَافِيَةَ فِي دِيْنِيْ وَدُنْيَايَ وَأَهْلِيْ وَمَالِيْ اللَّهُمَّ اسْتُرْ عَوْرَاتِى وَآمِنْ رَوْعَاتِى

Allahumma inni as-aluka al-‘afiyah fid dunya wal akhirah, allahumma inni as-asluka al-‘afwa wal afiyah fi dini wadunyaya wa ahli wa mali, allahumma-stur ‘aurati wa amin rau‘ati.

Maksudnya: “Ya Allah, aku memohon keselamatan di dunia dan akhirat. Ya Allah aku memohon kebajikan dan keselamatan dalam agama, dunia, keluarga, dan hartaku. Ya Allah, tutupilah auratku (aib dan sesuatu yang tidak layak dilihat orang) dan tenteramkanlah aku dari rasa takut.”

Selain itu, boleh juga membaca:

لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ، وَحْدَهُ لاَ شَرِيْكَ لَهُ، لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ، وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيْرٌ

Laa ilaaha illallaah, wahdahu laa syariikalah, lahul mulku wa lahul hamd, wa huwa ‘alaa kulli syai-in qodiir.

Maksudnya: “Tiada Tuhan yang berhak disembah selain Allah, Yang Maha Esa, tiada sekutu bagiNya. BagiNya kerajaan dan pujian. Dia-lah Yang Maha Kuasa atas segala sesuatu.”

Seterusnya, doa sepertiga malam yang boleh dibaca adalah:

سُبْحَانَ اللَّهِ وَالْحَمْدُ لِلَّهِ وَلاَ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ وَاللَّهُ أَكْبَرُ

Subhanallah walhamdulillah wala ilaha illallah wallahu akbar.

Maksudnya: “Maha suci Allah, segala puji bagi Allah, tidak ada satu Tuhan pun yang disembah kecuali Allah, dan Allah Maha Besar.”

Anda juga digalakkan untuk membaca doa ini:

لاحول ولا قوة إلا بالله

La Hawla Wa La Quwwata Illa Billah

Maksudnya: “Tiada daya dan tiada kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah semata-mata.”

Akhir sekali, doa sepertiga malam yang boleh diamalkan adalah:

رَّبِّ اغْفِرْلِي وَلِوَالِدَيَّ

Rabbighfirli Waliwalidayya

Maksudnya: “Ya Tuhanku, ampunilah aku dan kedua orang tuaku.”

Cukup 5 doa ini yang boleh dibaca dan amalkan. InsyaAllah semua doa ini akan dimakbulkan oleh Allah SWT.

Semoga bermanfaat!

Baca juga: Awas! Jangan Angkat Pakaian Di Jemuran Lepas Maghrib, Ustaz Kongsi Sebabnya

Sumber: TikTok Kelas al-Quran Larkin & Kashoorga

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×