Nur

Awas! Jangan Angkat Pakaian Di Jemuran Lepas Maghrib, Ustaz Kongsi Sebabnya

29
SHARES
sidai baju malam

Orang tua-tua selalu berpesan untuk mengangkat baju di ampaian sebelum Maghrib dan jangan sidai baju malam hari bagi mengelakkan perkara negatif berlaku.

Bukan setakat baju sahaja, pinggan mangkuk di rumah juga ada adab yang perlu diikut seperti perkongsian Ustaz Ariffin Ayob di dalam ceramahnya.

Baca juga: Terpegun Sungguh Tengok 10 Masjid Tercantik Di Malaysia Ini, Tak Sangka!

ELAK ANGKAT & SIDAI BAJU MALAM HARI, INI SEBABNYA

sidai baju malam

Menerusi ceramah itu, beliau menasihati agar pinggan mangkuk yang dibiarkan di dalam sinki tanpa membasuhnya perlu diterbalikkan.

Pastikan ke semua bekas kotor yang sudah digunakan itu dalam keadaan terlangkup untuk mengelakkan daripada dijilat, diludah dan diganggu syaitan.

“Bekas budu, bekas kari, bekas sambal belacan dan segala jenis bekas jangan biar terdedah dan terbuka,” ujarnya.

Selain itu, beliau juga menasihatkan kaum wanita agar sentiasa berwaspada dan tidak membiarkan baju di ampaian hingga berhari-hari.

Jelasnya juga, jangan angkat jemuran selepas waktu Maghrib kerana sihir pakaian dalam boleh terjadi. Nampak seperti tidak mendatangkan bahaya namun perkara ini diluar jangkaan dan sentiasalah berhati-hati.

“Sihir menggunakan pakaian dalam banyak berlaku dan ini boleh menyebabkan gangguan yang tidak diingini berlaku. Kalau pakaian di jemuran, jangan sampai Maghrib tak angkat lagi,” katanya dalam video tersebut.

Daripada sahabat Jabir radhiallahu’anhu, bahawa Nabi SAW bersabda:

“Jika malam datang menjelang, atau kalian berada menjelang maghrib maka tahanlah anak-anak kalian (di rumah), kerana ketika itu syaitan sedang bertebaran. Jika telah berlalu sesaat dari waktu malam, maka biarkan mereka (jika ingin keluar).

Tutuplah pintu dan berzikirlah kepada Allah, kerana sesungguhnya syaitan tidak dapat membuka pintu yang tertutup. Tutup pula bekas minuman dan makanan kalian walau sekadar dengan meletakkan sesuatu di atasnya dan matikanlah lampu-lampu kalian.” (Sahih HR Bukhari & Muslim)

Jadi, jangan biasakan diri untuk melakukan dua perkara di atas. Jauhkan!

Baca juga: 7 Senarai Surah Ini Anda Kena Tahu & Hafal, Baru Hidup Tak Sia-Sia

Kredit: Ganjinpot Blog

Sumber: TikTok Ustaz Ariffin Ayob & UTM

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×