Nur

Terpegun Sungguh Tengok 10 Masjid Tercantik Di Malaysia Ini, Tak Sangka!

23
SHARES
MASJID CANTIK

Terlalu banyak masjid di Malaysia ini dan berikut penulis kongsikan 10 masjid cantik anda boleh kunjungi. Reka bentuk yang kreatif sudah tentunya menjadi tarikan kepada umat Islam.

Kalau anda pergi 10 negeri ini, jangan lupa untuk lawati masjid di bawah. Rugi kalau tak singgah!

Baca juga: Wanita Ini Kongsi Pengalaman Tunai ‘Haji VIP’, Pastikan Tidak Ditipu & Pilih Pakej Dengan Betul

10 MASJID CANTIK DI MALAYSIA, MEMANG TERPEGUN

1. Johor Darul Ta’zim

Masjid Sultan Iskdandar

MASJID CANTIK

Terletak di Bandar Dato’ Onn, Johor Bahru, masjid ini menjadi tumpuan orang ramai untuk menunaikan solat kerana fasilitinya yang bagus dan selesa.

Lebih menarik lagi, Masjid Sultan Iskandar merupakan premis kedua di negeri ini diiktiraf sebagai destinasi pelancongan selepas Johor Premium Outlet (JPO).

Boleh memuatkan seramai 4,600 jemaah menjadikan ia masjid keenam terbesar dalam rangkaian Masjid An-Nur Johor Corporation. Wah!

2. Kedah Darul Aman 

Masjid Al-Bukhary, Alor Setar

MASJID CANTIK

Masjid cantik ini siap dibina pada tahun 2001. Suasana di sekitar masjid sungguh tenang dan dihiasi dengan pokok-pokok kurma.

3. Kelantan Darul Naim 

Masjid Razaleigh

MASJID CANTIK

Kredit: Perak Today

Terletak di Kota Bharu, masjid ini menjadi tarikan orang ramai kerana reka bentuk yang mirip seperti Masjidil Haram. Sebuah replika Kaabah turut diletakkan di bahagian tengah masjid.

4. Melaka Bandaraya Bersejarah

Masjid Selat Melaka

MASJID CANTIK

Kredit: Relaks Minda

5. Negeri Sembilan Darul Khusus

Masjid Sri Sendayan

Masjid cantik di Negeri Sembilan sudah tentunya Masjid Sri Sendayan. Seni bina masjid ini menjadi tarikan ramai dan mendapat gelaran seperti Taj Mahal, Masjid Nabawi dan Masjid Kerajaan Uthmaniyah.

MASJID CANTIK

Kredit: MyWilayah

6. Pahang Darul Makmur

Masjid Kampung Baru, Bentong/Masjid Tunku Azizah Iskandar

MASJID CANTIK

Kredit: RBDS

Masjid Kampung Baru, Bentong kini dikenali dengan nama Masjid Tunku Azizah Iskandar. Reka bentuk masjid ini diinsprasikan daripada cengkerang siput laut untuk menarik minat generasi muda datang ke masjid.

7. Selangor Darul Ehsan

Masjid Damansara Perdana

Masjid ini baru siap dibina pada tahun 2023 dan memiliki reka bentuk yang sangat luar biasa. Berkonsepkan glass door, memang sangat memukau!

MASJID CANTIK

8. Perak Darul Ridzuan

Masjid Muhammadiah

MASJID CANTIK

Kredit: Islamic Tourism Centre

Masjid Muhammadiah antara masjid cantik di negeri Perak. Masjid yang terletak di Taman Tasek Jaya, Ipoh ini sudah tentunya menjadi tarikan pelancong Islam dan juga bukan Islam.

Ini kerana reka bentuk masjid berasaskan identiti bangunan tradisi Cina seperti penggunaan warna merah, tulisan Cina pada mimbar, penanaman pokok buluh dan lain-lain.

9. Sabah

Masjid Bandaraya Kota Kinabalu

MASJID CANTIK

Masjid ini terletak di persisiran pantai Likas dengan keluasan 14.83 hektar. Boleh menampung 12,000 orang jemaah pada satu masa.

10. Pulau Pinang

Masjid Terapung Tanjung Bunga

masjid cantik

Kredit: Facebook

Fuh, cantik betul sina bina masjid yang disenaraikan di atas. Kena pergi nanti.

Baca juga: Jom Pergi 9 Tempat Makanan Halal Di Hatyai Macam Khairul Aming Singgah, Syioknya!

Sumber: Google

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×