Nur

Selalu Solat Tanpa Pakaian Dalam Tapi Sebenarnya Sah Atau Tidak?

103
SHARES
Solat Tanpa Pakaian Dalam

Sesetengah orang lebih memilih solat tanpa pakaian dalam kerana lebih mudah. Namun, pernah tak anda terfikir perkara itu sebenarnya boleh membatalkan solat atau tidak?

Jangan risau dan pening, jawapannya penulis kongsikan di bawah untuk pengetahuan semua. Barulah boleh solat dengan lebih tenang.

Baca juga: Jangan Bersedih, Setiap Ujian Yang Allah Beri Ada Sebabnya. Memang Beruntung!

HUKUM SOLAT TANPA PAKAIAN DALAM, BATAL ATAU SAH

Solat Tanpa Pakaian Dalam

Menerusi kitab Minhaj al-Tolibin, ada menyatakan pergerakan-pergerakan anggota badan yang boleh membatalkan solat dalam mazhab al-Syafi‘i adalah:

ولو فعل في صلاته غيرها إن كان من جنسها بطلت إلا أن ينسى وإلا فتبطل بكثيره لا قليله

Maksudnya: “Dan jika dia melakukan di dalam solatnya sesuatu perbuatan lain sekalipun dari jenisnya, maka terbatal solat kecuali kerana terlupa. Dan jika perbuatan itu bukan dari jenisnya, maka batal solatnya jika dilakukan dengan pergerakan yang banyak, dan pergerakan yang sedikit tidak membatalkan solat.”

Mengikut ketetapan yang dibahaskan oleh mazhad Syafie, terdapat 3 kategori pergerakan banyak yang membatalkan solat dan perbezaannya dengan pergerakan sedikit.

1. Pergerakan yang banyak mestilah dilakukan oleh anggota badan yang berat seperti tangan, kaki dan kepala. Sekiranya hanya melibatkan pergerakan ringan seperti lidah, kelopak mata, bibir, zakar atau jari (tanpa menggerakkan telapak tangan seperti keadaan menggaru), maka tidak batal solat walaupun dilakukan secara berulang.

2. Pergerakan yang banyak bermakna pergerakan sebanyak tiga kali secara berturut-turut atau lebih. Berturut-turut itu dikira apabila pergerakan kedua tidak terputus daripada pergerakan pertama dan pergerakan ketiga tidak terputus daripada pergerakan kedua

3. Pergerakan tersebut mestilah bukan termasuk daripada pergerakan yang tidak dapat mampu dikawal seperti menggaru kudis dan menggigil kerana kesejukan sebagaimana dinyatakan dalam Nail al-Raja, iaitu:

ولم يكن ضروريا لا يقدر على تركة كحكة الجرب

Maksudnya: “Tidak termasuk (dalam hukum terbatal solat disebabkan pergerakan yang banyak) adalah mereka yang berada dalam keadaan darurat yang tidak mampu meninggalkan (pergerakan yang banyak kerana diluar kemampuan) seperti orang yang menghidapi penyakit kudis gatal (yang teruk).”

Dapat disimpulkan, hukum solat tanpa pakaian dalam adalah sah kerana pergerakan zakar dan payudara termasuk dalam kategori pergerakan yang tidak mampu dikawal.

Semoga bermanfaat!

Baca juga: Posisi Tidur Dalam Islam Yang Digalakkan, Jangan Terus Baring Je!

Sumber: Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×