Nur

Posisi Tidur Dalam Islam Yang Digalakkan, Jangan Terus Baring Je!

31
SHARES
POSISI TIDUR DALAM ISLAM

Selain amalan sunat yang boleh dilakukan sebelum tidur, terdapat juga beberapa posisi tidur dalam Islam yang boleh anda lakukan dan jadikan rutin harian.

Untuk mengetahui posisi tidur yang digalakkan, di sini kami ada ulasan lengkap untuk anda. Jom baca!

Baca juga: Sebelum Terlambat, Ketahui 7 Aktiviti Hubungan Sek* Yang DILARANG Dalam Islam

POSISI TIDUR DALAM ISLAM & AMALAN SUNAT YANG DIGALAKKAN

POSISI TIDUR DALAM ISLAM

1. Kibas tempat tidur

Sebelum baring, pastikan anda mengibas tempat tidur terlebih dahulu. Ini kerana untuk membersihkan katil daripada sebarang kotoran.

Sabda Rasulullah SAW:

“Jika salah seorang di antara kamu hendak tidur, ambillah sehelai kain dan kibaskan tempat tidurnya sambil mengucapkan ‘bismillah’.” (HR. Al Bukhari)

2. Memakai celak mata

Memakai celak mata sebelum tidur juga sangat dianjurkan seperti yang tertulis di alam hadis Ibnu Umar.

“Bahwasanya Rasulullah SAW selalu memakai celak setiap malam sebelum tidur malam, baginda memakai celak pada kedua-dua mata sebanyak 3 garisan.” (Diriwayatkan oleh Ibnu Majah)

Memusingkan Badan Sambil Mengucapkan Solat

3. Pusing badan sambil berdoa

Disunatkan untuk berdoa apabila hendak memusingkan badan menukar posisi.  Doa yang disarankan adalah:

“aa ilaha illallahu waahidulqahhaaru rabbussamaawaati wal ardhi wa maa baynahumaa ‘aziizulghaffaru.”

4. Jangan biarkan badan terdedah kepada matahari

Dalam sebuah hadis, Rasulullah SAW melarang umatnya tidur dalam keadaan separuh badan terdedah kepada cahaya matahari dan bahagian badan yang lain tidak terkena cahaya matahari.

“Jika salah seorang di antara kamu berada di bawah matahari, maka bayang-bayang itu menjauhinya sehingga sebahagian tubuhnya berada di bawah matahari dan sebahagian lagi terlindung oleh bayang-bayang, maka dia hendaklah berdiri (bermaksud tidak kekal di tempat)”

5. Letakkan satu kaki atas kaki lain 

Posisi tidur telentang  juga dilakukan oleh Rasulullah SAW. Baginda akan meletakkan kaki di atas kaki lain sekiranya tidur posisi ini.

6. Tidak tidur terlalu lama

Rasulullah SAW sentiasa tidur tidak melebihi had waktu tidur yang diperlukan dan juga tidak menahan diri daripada berehat.

7. Tidak berbogel

Dalam Islam, tidur secara berbogel tidak dianjurkan seperti yang tertulis dalam sebuah hadis.

 “Tidak boleh tidur hanya dengan berselimut, tanpa memakai sebarang pakaian”. (HR. Muslim).

POSISI TIDUR DALAM ISLAM

8. Berwuduk sebelum tidur

Berwuduk sebelum tidur sangat dianjurkan dalam Islam kerana boleh mencegah kuman pada permukaan kulit.

“Jika kamu hendak tidur (tidur), maka hendaklah kamu berwuduk dahulu sebagaimana kamu berwuduk untuk solat.” (HR. Al-Bukhari)

9. Tidur selepas solat Isyak

Tidak awal dapat memastikan hati dan saraf tunjang berfungsi dengan baik. Malam adalah waktu terbaik untuk hati meneutralkan toksin yang masuk ke dalam badan dan memperbaharui sel darah rosak.

10. Tidur secara menegak & bengkokkan kaki

Posisi tidur dalam Islam yang dianjurkan adalah dengan baring secara menegak dan membengkokkan sedikit kaki. Posisi ini dapat mengendurkan otot perut supaya bangun pagi dengan rasa lebih segar dan cergas.

11. Jangan tidur terlentang

Tidur terlentang tidak digalakkan kerana seluruh beban badan akan tertumpu pada tulang belakang sahaja.

12. Tidur dalam keadaan gelap

Rasulullah SAW sentiasa tidur dalam keadaan gelap. Baginda bersabda:

“Padamkan lampu sebelum tidur, tutup pintu, tutup rapat bekas dan tutup makanan dan minuman.” [Mutafaqun ‘alaih].

Tidur dalam keadaan gelap dapat membantu pembentukan hormon melatonin yang berfungsi sebagai anti oksidan untuk melindungi tubuh daripada radikal bebas akan terbentuk dengan lebih optimum.

13. Jangan mengiring ke kiri

Tidur secara mengiring ke kiri tidak digalakkan dalam Islam kerana akan membahayakan kesihatan organ terutamanya jantung.

14. Tidak tidur secara meniarap

“Sesungguhnya tidur secara meniarap adalah posisi tidur yang dimurkai oleh Allah Azza Wa Jalla.” (Riwayat Abu Dawud dengan sanad yang sahih)

Selain itu, Dr. Zafir al-Altar juga mendedahkan bahawa tidur dalam keadaan ini akan menyukarkan anda untuk bernafas kerana seluruh berat badan menekan bahagian dada.

15. Tidur sebelum Isyak

“Rasulullah SAW membenci tidur malam sebelum (solat Isyak) dan bercakap (yang tidak bermanfaat) selepasnya.” (Hadis Al-Bukhari)

16. Letak tangan bawah pipi kanan

Meletakkan tangan kanan di bawah pipi kanan sangat dianjurkan.

“Rasulullah SAW ketika tidur meletakkan tangan kanannya di bawah pipi kanannya.” (HR. Abu Daud)

17. Mengiring ke kanan

Rasulullah SAW pernah bersabda,

“Apabila kamu hendak tidur, maka berwuduklah (sempurna) seperti kamu berwuduk untuk solat, kemudian berbaringlah di sebelah kanan badanmu”.

Diharapkan posisi tidur yang digalakkan dapat kita terapkan dalam kehidupan seharian. Semoga bermanfaat!

Baca juga: “Ahh Asyik Tak Tahan Je..” – Ini Hukum Keluarkan Air Mani Dengan Sengaja

Sumber: Dalam Islam & Merdeka

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×