Nur

“Ahh Asyik Tak Tahan Je..” – Ini Hukum Keluarkan Air Mani Dengan Sengaja

14
SHARES
HUKUM ONANI

Mengeluarkan air mani dengan sengaja dianggap satu bentuk zina tangan. Hukum onani sering menjadi persoalan orang ramai kerana beranggapan itu merupakan satu perkara biasa dan tidak berdosa.

Onani atau melancap biasanya dilakukan untuk melepaskan kepuasan nafsu bagi yang belum berkahwin. Kegiatan ini dilakukan oleh seseorang dengan menggunakan tangan sendiri atau bantuan alat-alat tertentu.

Baca juga: Ramai Yang Dah Buat Tapi Sebenarnya Ini Hukum Telan Air Mani Suami

HUKUM ONANI DENGAN SENGAJA SEHINGGA KELUAR AIR MANI

HUKUM ONANI

Hukum keluarkan air mani dengan sengaja adalah diharamkan. Ini berdasarkan nas al-Quran ayat kelima sehingga ketujuh surah al-Mukminun.

“Perbuatan ini diharamkan oleh ramai ulama mazhab Maliki (termasuk juga Syafieyyah).”

Dalil berdasarkan firman Allah:

وَالَّذِينَ هُمْ لِفُرُوجِهِمْ حَافِظُونَ إِلَّا عَلَىٰ أَزْوَاجِهِمْ أَوْ مَا مَلَكَتْ أَيْمَانُهُمْ فَإِنَّهُمْ غَيْرُ مَلُومِينَ فَمَنِ ابْتَغَىٰ وَرَاءَ ذَٰلِكَ فَأُولَٰئِكَ هُمُ الْعَادُونَ

Maksudnya: “Dan mereka yang menjaga kehormatannya, kecuali kepada isterinya atau hamba sahayanya maka sesungguhnya mereka tidak tercela. kemudian, sesiapa yang mengingini selain dari yang demikian, maka merekalah orang-orang yang melampaui batas.” Surah al-Mukminun, (23 : 5-7)

Menurut pandangan ahli fiqh Mazhab Hanbali, seseorang itu diharuskan untuk onani atas dua sebab iaitu bimbang dirinya melakukan zina dan tidak mampu berkahwin.

Ini dapat disimpulan oleh baginda SAW dalam sabdanya:

يَا مَعْشَرَ الشَّبَابِ مَنِ اسْتَطَاعَ مِنْكُمُ البَاءَةَ فَلْيَتَزَوَّجْ، وَمَنْ لَمْ يَسْتَطِعْ فَعَلَيْهِ بِالصَّوْمِ فَإِنَّهُ لَهُ وِجَاءٌ

Maksudnya: “Hai para pemuda! Barangsiapa yang sudah ada kemampuan dalam kalangan kamu hendaklah dia berkahwin kerana perkahwinan itu lebih menjamin pandangan dan lebih kuat membentengi kemaluan. Tetapi barangsiapa yang tidak ada kemampuan (untuk berkahwin) maka hendaklah dia berpuasa kerana puasa itu menjadi pelindung kepadanya.” Hadis riwayat Imam Bukhari (5065) dalam Sahih-nya.

Keinginan seksual yang sia-sia perlu dikawal dan dicegah sejak awal dengan menundukkan pandangan anda terhadap wanita supaya tidak terbawa-bawa ke dalam fikiran.

Kesimpulannya, pendapat dari Mazhab Shafie, hukum mengeluarkan air mani dengan sengaja adalah diharamkan sama ada kepada lelaki ataupun perempuan.

Baca juga: Sebelum Terlambat, Ketahui 7 Aktiviti Hubungan Sek* Yang DILARANG Dalam Islam

Sumber: Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×