Nur

Ramai Yang Dah Buat Tapi Sebenarnya Ini Hukum Telan Air Mani Suami

53
SHARES
HUKUM TELAN AIR MANI

Air mani adalah sejenis cecair yang keluar secara memancut dari zakar lelaki ketika mencapai tahap kemuncak syahwat. Antara persoalan yang sering menjadi tanda tanya pasangan berkahwin adalah hukum telan air mani suami.

Ini kerana ada segelintir pasangan yang menelan air mani suami dan beranggapan itu merupakan satu perkara biasa. Jadi, untuk menjawab persoalan anda, ikuti penerangan lanjut di bawah.

Baca juga: Hukum Makan Ikan Yang Sudah Dimasak Tetapi Masih Berdarah & Tak Dicuci

HUKUM TELAN AIR MANI SUAMI, BOLEH KE?

HUKUM TELAN AIR MANI

Imam al-Nawawi ada menyebut dalam kitabnya, terdapat dua pendapat mengenai hal ini. Pendapat yang sahih lagi masyhur adalah air mani tidak halal untuk dimakan atau ditelan kerana ia dianggap sebagai suatu yang menjijikan dan kotor.

Firman Allah SWT:

وَيُحَرِّمُ عَلَيْهِمُ الْخَبَائِثَ

Maksudnya: “Dan ia mengharamkan kepada mereka segala benda yang buruk.” 

Imam Malik, Abu Hanifah, al-Auza‘i dan al-Thauri pula berpendapat bahawa air mani itu adalah najis kerana sudah bercampur dengan air lain seperti air mazi dan wadi.

Sebagai seorang Muslim, perbuatan ini juga dianggap bercanggah dengan hukum agama, budaya dan adab di dalam Islam kerana menyerupai perbuatan orang kafir.

Selain itu, terdapat sebuah riwayat daripada Ibn Umar R.Anhuma, Rasulullah SAW bersabda:

مَنْ تَشَبَّهَ بِقَوْمٍ فَهُوَ مِنْهُمْ

Maksudnya: “Sesiapa yang menyerupai sesuatu kaum, maka dia adalah dalam kalangan mereka.”

RISIKO KESIHATAN TELAN AIR MANI

HUKUM TELAN AIR MANI

Sekiranya anda ingin menelan air mani pasangan, disarankan agar suami menggunakan kondom untuk mengelakkan daripada sebarang masalah kesihatan.

Antara risiko menelan air mani pasangan adalah:

1. PENYAKIT KELAMIN

Risiko penyakit seperti HIV, hepatitis B dan C, herpes, syphilis dan chlamydia akan menjangkiti individu yang menelan air mani ketika melakukan seks oral.

2. RASA LOYA & MUNTAH

Air mani mempunyai kandungan protein yang tinggi boleh menyebabkan bau yang agak busuk dan memualkan.

3. SAKIT KEPALA & SELESEMA

Selain itu, perbuatan menelan air mani boleh menyebabkan anda sakit kepala dan selesema. Perkara ini berlaku kerana gejala psikosomatis buat mereka yang sebenarnya jijik terhadap sperma.

4. TRAUMA

Boleh mengakibat pasangan trauma jika tertelannya secara tidak sengaja ini kerana bau dan rasa air mani yang tidak sama dengan jangkaannya.

Semoga artikel ini dapat menjawab segala persoalan yang bermain di minda.

Baca juga: Sebelum Minta Cerai, Ini Cara Isteri Boleh Cuba Untuk Tegur Suami Kalau Tak Solat

Sumber: Maktabah Al-Bakri

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×