Nur

Sebelum Minta Cerai, Ini Cara Isteri Boleh Cuba Untuk Tegur Suami Kalau Tak Solat

43
SHARES
SUAMI TAK SOLAT

Dalam institusi kekeluargaan, agama adalah elemen yang penting. Sekiranya suami tak solat dan pegangan agama tidak kukuh ia boleh menyebabkan masalah rumah tangga. Jadi, sekiranya suami tidak solat, ini merupakan perkara yang boleh dilakukan oleh isteri dan anak.

Baca juga: Hukum Makan Ikan Yang Sudah Dimasak Tetapi Masih Berdarah & Tak Dicuci

KALAU SUAMI TAK SOLAT, INI PERANAN ISTERI & ANAK

SUAMI TAK SOLAT

Seperti mana kita tahu, solat merupakan tiang dan asas dalam agama. Tanpa pegangan agama, maka akan goyahlah kehidupan manusia. Solat juga merupakan kewajipan bagi semua umat Islam yang mukallaf.

Firman Allah S.W.T:

وَمَا خَلَقْتُ الْجِنَّ وَالْإِنْسَ إِلَّا لِيَعْبُدُونِ

Maksudnya: Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu. (Surah al-Dzariyat: 56)

Firman Allah S.W.T lagi:

وَأَقِيمُوا الصَّلَاةَ وَآتُوا الزَّكَاةَ وَارْكَعُوا مَعَ الرَّاكِعِينَ

Maksudnya: Dan dirikanlah kamu akan sembahyang dan keluarkanlah zakat, dan rukuklah kamu semua (berjemaah) bersama-sama orang-orang yang rukuk. (Surah al-Baqarah: 43)

Buat para isteri di luar sana, perlu diingatkan bahawa tidak salah sekiranya seorang isteri untuk menegur suami yang tidak solat. Ini kerana menyuruh kepada kebaikan dan mencegah keburukan adalah tugas bersama.

Dosa suami tidak solat tidak akan ditanggung oleh isteri dan tidak salah sebagai isteri untuk menegur suami. Sebelum menuntut penceraian, sesama ahli keluarga boleh cuba untuk menasihati.

Minta kerjasama dari ibu bapa mertua dan ibu bapa suami sendiri untuk memberikan nasihat dan peringatan akan balasan bagi mereka yang meninggalkan solat.

Selain itu, mintalah juga bantuan dari orang-orang yang disegani pasangan untuk menasihatinya. Jika nasihat tidak membuahkan hasil atau suami tetap tidak menunaikan solat, maka eloklah perkara ini diadukan ke Jabatan Agama Islam untuk mendapatkan nasihat selanjutnya

Isteri juga boleh mengajak anak-anak atau ahli keluarga yang lain untuk solat secara berjemaah bagi memupuk keinginan si ayah untuk sembahyang.

Semoga artikel ini memberi manfaat kepada anda semua.

Selamat mencuba!

Baca juga: Po*k Free Bukan Bermakna Kedai Makan Itu Halal, Ada Bezanya Dan Jangan Main Singgah Je!

Sumber: Kelab Mama & Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×