Rakyat

MAIS Tak Iktiraf Pernikahan Di Thailand Kalau Tak Daftar Di Jabatan Agama

27
SHARES

Menurut Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof, pernikahan pasangan tempatan di luar negara tidak diiktiraf undang-undang jika tidak didaftarkan dengan jabatan agama di negara ini.

Jelasnya, walaupun perkahwinan itu sah disisi Islam tetapi sekiranya pasangan tersebut gagal mendaftar ia tetap tidak diiktiraf dan akan menimbulkan pelbagai masalah lain.

Baca juga: 10 Sikap Untuk Kekal Bahagia & Berjaya Anda Kena Amalkan, Hidup Tenang…

MAIS TAK IKTIRAF PERNIKAHAN DI THAILAND KALAU TAK DAFTAR DI JABATAN AGAMA

Pernikahan di negara luar seperti di Thailand dan Indonesia akan menyusahkan pasangan, malah memberi masalah kepada anak pasangan terbabit, lapor BH Online.

Masalah akan timbul apabila anak mereka ingin berkahwin. Mereka perlu ke mahkamah untuk mengesahkan perkahwinan dan juga membayar denda, malah ada situasi yang memerlukan pasangan untuk bernikah semula. Masalah juga mungkin timbul dalam urusan pembahagian harta kelak.

“Setakat ini di Selangor, kami memang tidak mengiktiraf perkahwinan begini. Keadaan ini masih terkawal, tidaklah terlalu ramai rakyat Selangor yang ke luar negara untuk berkahwin,” jelasnya.

Biasanya mereka yang ingin berkahwin di Indonesia dan Thailand kerana ingin berkahwin lebih daripada satu tetapi takut untuk meminta izin isteri.

MAIS menegaskan prosedur perkahwinan di Selangor sudah cukup mudah dan pakej yang ditawarkan oleh negara luar tidak diiktiraf.

“Ruang untuk bernikah di Malaysia terbuka luas dan prosedurnya mudah. Kita juga mengadakan kursus perkahwinan yang tidak dilakukan oleh mana-mana negara, paling kurang pun mereka bertanya soalan rukun nikah atau tiada apa-apa yang lain,” ujarnya.

Sumber: BH Online

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×