Umum mengetahui, solat merupakan perkara fardu ain yang wajib dilakukan pada setiap hari. Namun begitu, solat yang sah apabila anda tidak melakukan perkara membatalkan solat.
Justeru itu, di bawah merupakan antara 11 perkara membatalkan solat yang penulis ingin kongsikan. Walaupun sebenarnya terdapat banyak lagi perkara-perkara yang membatalkan solat selain senarai di bawah ini.
Baca juga: Waswas Cecair Yang Keluar Air Mani atau Air Mazi & Perlu Ke Mandi Wajib? Ini Penjelasannya!
PERKARA MEMBATALKAN SOLAT
Bagi mengelakkan solat anda terbatal, maka amatlah penting untuk kita sebagai manusia mencari ilmu. Hal ini kerana, dengan adanya ilmu diri dapat berada di landasan yang benar dan tepat. Mari lihat senarai perkara membatalkan solat di bawah.
ANTARA PERKARA-PERKARA YANG MEMBATALKAN SOLAT
1. BERLAKU HADAS KECIL
Hadas kecil adalah perkara yang menyebabkan batalnya wuduk.
Contoh hadas kecil adalah seperti keluar sesuatu daripada qubul atau dubur, seperti:
- Kentut
- Air kencing
- Tahi
- Mazi
- Keputihan
- Wadi
2. BERLAKU HADAS BESAR
Hadas besar adalah berlakunya perkara yang menyebabkan perlu mandi wajib.
Antara contoh hadas besar adalah:
- Haid
- Nifas
- Persetubuhan
- Keluar air mani
3. BERPALING DARIPADA KIBLAT
Contohnya membelakangkan kiblat dengan dada akan membatalkan solat. Ketika solat anda harus melakukannya dengan menghadap kiblat.
4. MELAKUKAN PERGERAKAN BESAR
Gerakan sebanyak 3 kali dan ke atas secara berturut-turut, dan gerakan tersebut bukan daripada perbuatan solat (anggota besar).
5. MURTAD
Maksud murtad ialah keluar daripada agama Islam. Perbuatan ini merupakan dosa besar dan dilaknat oleh Allah SWT.
6. MENJADI MAKMUM KEPADA IMAM YANG TIDAK SAH SOLATNYA
Contoh imam yang tidak sah solatnya adalah orang kafir.
7. WASWAS DALAM SOLAT
Waswas dengan rukun solat, syarat solat atau kaifiat solat, sama ada dilakukan atau tidak.
8. MENINGGALKAN RUKUN SOLAT DENGAN SENGAJA TERMASUK BACAAN
Rukun solat adalah perkara yang wajib dilakukan. Anda harus mengikutinya tanpa menambah atau mengurangkannya bagi mengelak solat dari terbatal.
Selain pergerakan, hal ini termasuklah bacaan dalam solat. Rujuk panduan rukun solat dari mereka yang bertauliah.
9. SENGAJA MEMANJANGKAN RUKUN YANG PENDEK
Contohnya seperti berada dalam keadaan iktidal dalam masa yang sama, seeorang itu mengambil masa lama untuk membaca al-Fatihah.
10. KEMBALI DUDUK SELEPAS BANGUN BERDIRI
Contohnya selepas bangun daripada tasyahud awal, dia duduk kembali dalam keadaan dia mengetahui tegahan melakukannya.
Perbuatan ini membatalkan solat kerana ia menambah rukun duduk.
11. MENGULANGI RUKUN FI’LI DENGAN SENGAJA
Rukun fi’li adalah rukun pergerakan atau perbuatan. Dalam rukun fi’li terdapat enam rukun. Rukun tersebut adalah:
- Berdiri (qiam).
- Rukuk.
- Iktidal.
- Sujud.
- Duduk antara dua sujud.
- Duduk tahiyat akhir.
Sumber: Ceria Sihat / Aku Islam