Nur

Waktu Paling Afdal Untuk Makmum Beri Salam Selepas Imam, Ramai Masih Keliru

2
SHARES
beri salam

Setiap kali menunaikan solat pasti akan diakhiri dengan salam iaitu berpaling ke kiri dan kanan. Rukun beri salam ini tidak mengelirukan sekiranya solat secara sendirian namun, ada yang keliru apabila solat berjemaah.

Adakah beri salam perlu selari dengan imam atau perlu tunggu sehingga habis? Berikut merupakan penjelasan dari Ustaz Azhar Idrus.

Baca juga: Hukum Geng Lelaki Suka Bergurau Pegang ‘Anu’ Kawan, Jangan Sampai Kena Tumbuk!

WAKTU AFDAL BERI SALAM BILA SOLAT JEMAAH

beri salam

Foto: Buku Dr. Zulkifli Mohamad Al Bakri

Memberi salam setelah selesai mendirikan solat merupakan rukun wajib. Nabi Muhammad SAW bersabda:

“Kunci solat itu adalah bersuci, ihramnya adalah takbir dan yang menghalalkannya adalah salam.” (Hadis Riwayat at-Tirmizi)

Sementara itu, Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan menjelaskan, Imam al-Nawawi menyebut bahawa salam yang pertama merupakan rukun dalam solat. Oleh sebab itu, ia wajib dilafazkan seperti kewajipan melafazkan takbiratulihram. Namun, ramai yang masih tertanya-tanya adakah makmum perlu menjawab salam imam semasa solat jemaah semasa salam pertama atau tunggu salam kedua?

Bagaimanakah cara yang terbaik? Apakah masa paling afdal untuk makmum beri salam? Menjawab persoalan itu, pendakwah Ustaz Azhar Idrus menjelaskan, makmum disunatkan untuk menunggu imam selesai dua salam, barulah dirinya berbuat demikian.

“Malah, ia juga disunatkan dilakukan sebanyak dua kali iaitu salam yang pertama dengan menghadapkan wajah ke arah kanan dan salam yang kedua pula ke arah kiri.”

Ada yang terus memberi salam selepas imam menyudahkan salam pertama dan berpaling ke kiri. Terdapat sebahagiannya pula lebih gemar menunggu imam untuk menyelesaikan kedua-dua salam, barulah makmum mengikutinya. Apa yang penting adalah kedua-dua cara ini masih sah solat.

beri salam

Perkara yang menyebabkan solat tidak sah adalah apabila makmum terus ikut seiring dengan imam memberi salam tanpa ada ruang berhenti.

Baca juga: 6 Khasiat ‘Tersembunyi’ Bila Baca Al-Fatihah Dalam Rawatan Penyakit

Sumber: Ustaz Azhar Idrus Official

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×