Nur

Tak Tahan Nak Garu, Ini Doa Untuk Hilangkan Gatal Badan Sekelip Mata!

37
SHARES
doa gatal kulit

Pernah tak anda mengalami masalah kegatalan melampau pada kulit atau apa-apa bahagian pada tubuh? Kegatalan ini akan semakin menjadi-jadi apabila anda mula menggaru dan menyebabkan kulit luka. Rupa-rupanya, ada satu doa gatal kulit yang boleh diamalkan supaya rasa terganggu itu hilang.

Berikut merupakan perkongsian doa untuk menghilangkan rasa gatal pada kulit yang mudah dibaca dan boleh dihafal. InsyaAllah boleh hilang..

Baca juga: Isu Renjis/Bilas Kereta Guna Air Ruqyah, Mufti Jelas Hukumnya Tidak Khurafat

DOA GATAL KULIT, INSYALLAH MUJARAB!

doa gatal kulit

Masalah penyakit kulit seperti kegatalan boleh memburukkan lagi perjalanan aktiviti seharian. Terdapat doa untuk menghilangkan gatal-gatal secara khusus dapat membantu kita mengurangkan kesakitan yang dialami. Jadi, kalau rasa gatal-gatal yang tidak tertanggung, boleh cuba baca doa ini.

Bacaan doa gatal-gatal ini terdapat dalam satu riwayat atau kisah yang juga tercatat di dalam al-Quran iaitu kisah tentang Nabi Ayyub AS yang sakit bertahun-tahun. Nabi Ayyub AS tidak pernah putus asa dan terus memohon kesembuhan kepada Sang Pencipta. Doa Nabi Ayyub AS diabadikan dalam Al-Quran, Surah Al Anbiya, ayat 83.

“Robbi annii massaniyadh dhurru wa anta arhamar roohimiin.”

Ertinya: ” Ya Tuhanku, sesungguhnya aku telah ditimpa penyakit dan Engkau adalah Tuhan Yang Maha Penyayang di antara semua penyayang.”

Oleh itu para ulama berkata doa ini dianjurkan untuk dibaca oleh mereka yang sedang mengalami ujian berupa sakit. Doa di atas juga boleh menjadi doa gatal yang mujarab untuk membuatkan anda lebih tenang dan yakin Allah SWT akan segera menghilangkan rasa gatal di badan anda. Bukan itu sahaja, ada doa lain yang boleh diselit seperti:

” Allahumma innii a’uudzubika minal barshi wal jidzami wa sii il asraam.”

Ertinya: ” Ya Allah sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu dari tuli, bisu, gila, penyakit kusta, sopak, dan penyakit-penyakit yang ganas.”

doa gatal kulit

*Doa-doa di atas boleh dijadikan sebagai doa untuk mengurangkan rasa gatal-gatal supaya anda fokus dalam kehidupan seharian.

Baca juga: 6 Adat Melayu Dikatakan Bertentangan Dengan Islam Tapi Masih Diamalkan

Sumber: Suara.com

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×