Sihat

Gatal-Gatal Pada Kemaluan, Guna 5 Cara Ini Untuk Hilangkan Dengan Cepat!

8
SHARES
kemaluan wanita gatal

Pernah atau tidak anda akan rasa gatal-gatal pada kawasan kemaluan khususnya kaum wanita? Selalunya, kemaluan wanita gatal apabila badan berpeluh dengan terlampau banyak dan tidak dicuci dengan betul. Namun, ada beberapa penyebab lain yang menyebabkan kemaluan anda gatal secara tiba-tiba atau dalam tempoh yang lama.

Terdapat beberapa bahan dan cara yang anda boleh guna bagi mengatasi masalah kegatalan pada kemaluan iaitu kawasan faraj. Tiada lagi momen-momen nak menggaru secara tiba-tiba!

Baca juga: Doktor Saran Amalan Mandi Sebelum Subuh Macam Ajaran Rasulullah SAW, Otak Aktif!

KEMALUAN WANITA GATAL? INI CARA UNTUK ATASI

kemaluan wanita gatal

Foto: Gynecology and Obstetrics Medical Group

Untuk pengetahuan anda, penyebab gatal pada kemaluan adalah:

1. Alahan

Punca gatal-gatal pertama adalah alahan. Sesetengah alergi yang sering mencetuskan alahan dan menyebabkan kegatalan termasuk sabun detergen, pelembut kain, kondom dan tisu. Untuk mengelakkan keadaan ini, adalah idea yang baik untuk memberikan perhatian kepada objek yang digunakan, terutamanya di kawasan kemaluan, untuk mengelak daripada mencetuskan alahan dengan kerap.

2.Psoriasis

Psoriasis merupakan penyakit kulit yang boleh berlaku pada mana-mana bahagian kulit, termasuk kawasan kemaluan. Kedua-dua wanita dan lelaki sama-sama terdedah kepada penyakit ini. Walaupun begitu, psoriasis bukanlah sejenis penyakit berjangkit kerana ia bukan disebabkan oleh virus atau bakteria.

Psoriasis yang menyerang kawasan kemaluan lebih sukar untuk dirawat berbanding kawasan kulit yang lain. Ini kerana kulit di bahagian kemaluan lebih sensitif sehingga memerlukan penjagaan khas. Biasanya doktor akan memberi ubat untuk psoriasis di kawasan kemaluan.

3.Kesan Bercukur

Kesan bercukur sering menyebabkan kegatalan pada kemaluan lelaki dan wanita terutamanya apabila bulu kemaluan mula tumbuh. Pemilihan pisau cukur yang digunakan adalah sangat penting memandangkan kulit di bahagian kemaluan sangat sensitif. Pencukur yang kurang steril atau bercukur dengan tidak betul boleh menyebabkan kulit menjadi merah dan gatal, malah menyebabkan rasa terbakar (bakar pisau cukur).

Antara punca lain adalah, kutu kelamin, menopause dan penyakit seksual.

Cara mengatasi gatal-gatal di kemaluan

kemaluan wanita gatal

Foto: Business Insider

1.Cuka epal

Cuka epal terkenal untuk digunakan bagi merawat pelbagai masalah, salah satunya adalah untuk merawat kegatalan faraj. Seperti yang dijelaskan pada halaman Healthline, menambah cuka epal ke dalam tab mandi boleh melegakan jangkitan kulat. Ia juga boleh merawat kegatalan kulit terutama kawasan intim wanita. Cara penggunaan, campurkan dalam mandian dan gunakan untuk merendam atau mencuci faraj dengan mencairkannya terlebih dahulu (bancuh dengan air).

2.Greek Yogurt

Greek yogurt boleh digunakan untuk merawat kegatalan di kawasan kewanitaan yang disebabkan oleh jangkitan kulat. Yogurt membantu mengatasi kegatalan dengan menggalakkan pembiakan bakteria baik di kawasan wanita yang menjadikannya sihat. Hasilnya, campuran madu dan yogurt mampu merawat jangkitan yis faraj dengan lebih berkesan berbanding ubat antikulat.

3.Probiotik

Probiotik boleh meningkatkan bakteria baik dalam faraj.  Anda boleh mendapatkan suplemen probiotik, seperti kapsul dan tonik, di farmasi atau suplemen probiotik akan membantu merawat kegatalan di kawasan intim dengan menggalakkan pertumbuhan bakteria yang sihat dan bermanfaat dalam faraj dan usus. Selain daripada merawat kegatalan faraj, ini juga boleh bertindak sebagai langkah pencegahan kegatalan atau masalah lain pada faraj.

4.Guna pakaian dalam dari cotton

Seluar dalam dari material kapas/cotton amat membantu jika anda mengalami ketidakselesaan faraj atau vulva. Ini kerana seluar dalam kapas boleh bernafas, yang boleh membantu mengurangkan keadaan kulit yang gatal. Jadi, memakai seluar dalam dari kain kapas 100 peratus boleh mengelakkan jangkitan kulat.

5.Soda bikarbonat

Dilaporkan oleh Medical News Today, baking soda atau soda bikarbonat boleh membantu melegakan kegatalan di kawasan intim wanita. Larutkan 1/2 sudu teh baking soda dengan 1 liter air dan gunakan untuk mencuci kawasan sulit atau sapukan pada kulit sebagai pes boleh membantu melegakan kegatalan vulvar yang disebabkan oleh kulit kering. Ia juga boleh membantu melegakan kegatalan yang disebabkan oleh herpes genital yang aktif.

*Jaga bahagian sulit ini elok-elok tau!

Baca juga: Ramai Kata Lepas Kahwin Buah Dada Naik Jadi BESAR? Ini Sebabnya!

Sumber: IDN Times, Siloam Hospitals

Foto: The Guardian

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×