Sihat

Bahagian Faraj Rasa Pedih & Gatal-Gatal? ‘Gangguan’ Tiba-Tiba Ini Rupanya Penyakit Vulvodynia!

22
SHARES
faraj gatal

“Aduh, dah kenapa bahagian faraj gatal dan pedih tiba-tiba ni? Nak kencing pun sakit..”

Mungkin ramai dalam kalangan wanita pernah mengalami rasa sakit, pedih dan gatal pada bahagian kemaluan tetapi menganggap ia adalah normal. Namun, kalau sakit ini berlarutan dalam tempoh melebihi sebulan ketahuilah bahawa anda mungkin sudah terkena penyakit Vulvodynia! Apakah penyakit Vulvodynia ini?

Baca juga: Aik, Kenapa Keluar Darah Walaupun Tak Haid? Rupanya Ini Punca Anda Alami Pendarahan Vagina

FARAJ GATAL & PEDIH? RUPANYA ANDA TERKENA PENYAKIT VULVODYNIA!

faraj gatal

Foto: Freepik

Vulvodynia ialah sakit kronik pada bahagian faraj atau alat kelamin, tanpa sebab yang jelas. Kesakitan bahagian faraj ini dikatakan sebagai gejala biasa namun tidak semua dalam kalangan wanita akan mengalaminya. Untuk pengetahuan anda, Vulvodynia adalah kesakitan yang berlarutan selama tiga bulan atau lebih yang tidak diketahui puncanya yang jelas. Namun, kesakitan yang dialami boleh meletihkan badan sehingga menghalang anda daripada melakukan aktiviti yang anda nikmati.

Jenis penyakit Vulvodynia terbahagi kepada dua:

-Kesakitan yang dirasai di seluruh bahagian kemaluan dan tidak hilang sepenuhnya
-Sakit hanya pada pembukaan faraj, dan sering dirasai apabila terdapat rangsangan, seperti tekanan atau geseran

Menurut halaman Menstruasi, penyelidik dan pakar yang telah meneliti vulvodynia selama bertahun-tahun telah mendapati bahawa gangguan ini tiada kaitan dengan jangkitan. Sebaliknya, ia adalah pengumpulan beberapa perkara:

-Gangguan saraf atau kerengsaan
-Tindak balas sel saraf faraj terhadap trauma
-Faktor genetik yang menyebabkan tindak balas sel faraj kepada keradangan
-Ketegangan otot
-Alahan dan kerengsaan kepada unsur tertentu
-Perubahan hormon
-Trauma seksual
-Penggunaan berulang antibiotik

APAKAH SIMPTOM SAKIT INI DAN APA SAYA KENA BUAT?

faraj gatal

Foto: Freepik

Apakah simptom sakit vulvodynia ini? Sebenarnya, gangguan ini boleh dialami secara tiba-tiba, tetapi tidak dapat diramalkan bila ia akan reda atau hilang. Ia mungkin dapat dirasakan selama berbulan-bulan atau bertahun-tahun. Gejala yang jelas jika anda alami Vulvodynia adalah:

-Rasa seperti terbakar, pedih, sakit di bahagian kemaluan
-Sakit dan tegang
-Gatal

Jika anda merasakan simptom di atas, anda boleh mengatasinya dengan beberapa kaedah praktikal di bawah:

1.Berendam dalam air suam, atau gunakan teknik kompres dengan ais di bahagian kemaluan.

2.Lakukan teknik relaksasi otot faraj dengan senaman kagel.

3.Gunakan pencuci pakaian yang lembut dan tidak berbau pada kain yang menyentuh vulva anda.

4.Pakai seluar dalam yang dari kain kapas/cotton pada waktu siang dan jangan pakai seluar dalam pada waktu malam.

5.Jangan berbasikal, menunggang kuda atau senaman lain yang memberi tekanan pada vulva anda.

*Jadi, kalau ada rasa pedih dan gatal pastikan buat pemeriksaan ya!

Baca juga: Rasa Berdebar & Kerap Sakit Kepala? Ini Tanda Anda Kena Mandi Air Garam Untuk Aura Positif!

Sumber: Cleveland Clinic, Menstruasi

Foto: SOG Health

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×