Sihat

Rasa Berdebar & Kerap Sakit Kepala? Ini Tanda Anda Kena Mandi Air Garam Untuk Aura Positif!

6
SHARES
mandi air garam

Mempunyai mood dan emosi yang stabil setiap hari bukanlah perkara yang mudah untuk dilakukan. Ada masanya anda akan rasa seperti ingin menangis dan marah secara tiba-tiba, ada hari yang rasa gembira sepanjang masa. Dalam perubatan Islam dan juga moden, terdapat satu cara untuk memastikan badan sentiasa berada di dalam aura positif iaitu mandi air garam.

Badan yang kekurangan zat mineral akan menyebabkan sukar untuk mengimbangkan emosi lantas, mandian air garam seperti garam magnesium adalah disarankan untuk mengembalikan emosi yang normal.

Baca juga: Cara Hilangkan Migrain Berdenyut Guna Terapi Ais Kiub, Lepas 5 Minit Dah Ringan Kepala!

TANDA-TANDA ANDA KENA MANDI AIR GARAM

mandi air garam

Foto: Freepik

Berikut merupakan antara tanda menunjukkan anda memang memerlukan mandian air garam secepat mungkin!

1.Kerap terjaga malam

Mesti anda rasa pelik dan seram kalau setiap malam akan terjaga sekitar jam 3-4 pagi. Bukan sahaja risau dari segi gangguan mistik malah terjaga ketika tidur waktu malam akan meletihkan tubuh.

2.Selalu nampak kelibat

Ini adalah perkara yang paling ingin dielakkan oleh orang ramai. Siapa sahaja yang mahu nampak kelibat yang ternyata bukan dalam kalangan manusia bukan?

3.Terlampau banyak fikir/Overthinking

Overthinking menjadi salah satu punca kepada masalah ‘anxiety’ yang boleh membawa kepada kemurungan. Itulah sebabnya mandian garam perlu dilakukan seminggu sekali untuk membuang segala aura negatif dalam badan.

4.Hati rasa berdebar-debar

Pernah tak secara tiba-tiba anda rasa hati berdebar-debar? Oleh kerana anda terlampau banyak berfikir dan hampir kemurungan, ini menyebabkan hati sentiasa rasa berdebar-debar seperti ada sesuatu yang tidak kena.

5.Badan gatal-gatal

Menjadi salah satu rawatan dalam perubatan Islam, mandian air garam juga mampu merawat masalah badan gatal-gatal yang kadang-kadang kita pun tidak tahu puncanya.

6.Kebas kaki dan tangan

Salah satu penyakit yang jarang orang ambil tahu adalah kerap rasa kebas di bahagian kaki dan tangan. Jika lakukan kerja berat walaupun sekejap, pasti akan mengalami kebas dan perlu mengurut. Jadi, lakukan mandian air garam setiap hari supaya dapat sembuh dalam masa yang cepat.

7.Selalu sakit kepala atau migrain

Ramai yang mengalami sakit kepala atau migrain berpunca dari tidak mendapatkan tidur yang secukupnya. Namun, walaupun sudah mengambil ubat rawatan sakit kepala, masih mengalami sakit yang sama pada keesokan hari dan seterusnya. Oleh itu, letakkan garam dalam air suam dan mandi dari kepala sehingga seluruh tubuh.

8.Selalu rasa nak marah

Orang cakap bahawa kalau anda selalu rasa nak marah, itu tandanya anda mengalami masalah gangguan makhluk halus? Walaupun tidak tahu sama ada betul atau tidak, lakukan mandian air garam secara kerap dan selitkan bacaan zikir ketika mandi untuk menenangkan perasaan.

9.Emosi terganggu

Bila selalu rasa nak marah, sudah semestinya emosi akan terganggu. Inilah masanya untuk anda mandi air garam supaya dapat tenangkan hati dan minda.

mandi air garam

Foto: Freepik

*Kalau rasa tak nak buat mandian air garam di rumah, boleh pergi ke spa yang berdekatan untuk merehatkan minda!

Baca juga: Makan Limau Mandarin Sebiji Pun Batuk, Kena Buat 5 Tips Ini Supaya Boleh Makan Sekotak!

Sumber: Tiktok @aurarezekiofficial

Foto: Freepik

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×