Sihat

“Gila Ke Dia Ni?”- Rupanya Ini Tanda ‘Fasa Mania’ Penyakit Bipolar, Tuan Badan Pun Tak Sedar..

13
SHARES
penyakit bipolar

Sejak kebelakangan ini, ramai dalam kalangan netizen bercakap mengenai penyakit bipolar. Ramai yang baru sahaja mengetahui penyakit bipolar ini merupakan masalah gangguan kepada tahap mental seseorang. Namun, ramai yang tidak faham mengenai fasa mania/manic yang akan berlaku dalam penyakit bipolar ini.

Mungkin ada masanya kita akan menyoalkan “Dah kenapa dia ni buat macam ni? Gila ke apa?”. Tetapi, tahukah anda bahawa tindakan yang dilakukan merupakan dalam fasa sedar atau tidak? Jom kita baca penjelasan dari pakar mengenai tindakan pesakit bipolar dalam fasa mania.

Baca juga: Info Lengkap Ciri-Ciri Anda Hadapi Gangguan Mental Pada Peringkat Awal, AWAS!

APA ITU FASA MANIA/MANIC DALAM PENYAKIT BIPOLAR?

penyakit bipolar

Menerusi perkongsian Public Health Malaysia, antara ciri ciri bagi pesakit mental bipolar adalah akan mengalami fasa mania di mana:

-Terdapat perasaan gembira yang melampau
-Ada peningkatan aktiviti serta tenaga yang TIDAK NORMAL
-Mereka akan mempunyai idea berlebihan, post di media sosial secara tidak terkawal
-Merasakan diri lebih cantik/ berjaya/ istimewa (grandious)
-Berisiko melakukan aktiviti aktiviti yang berisiko.

Sebenarnya mereka juga tidak sedar perkara ini berlaku. Ia berlaku akibat ketidakseimbangan bahan kimia (neurotransmitter) di dalam otak iaitu Serotonin dan Dopamin. Kedua-dua bahan kimia ini adalah lebih tinggi dari biasa pada fasa mania
Sekiranya anda kenali sesiapa yang mempunyai ciri ciri manic bipolar, dapatkan pemeriksaan dan rawatan segera sebelum banyak implikasi negatif mendatang.

Penjelasan yang lebih mendalam dilakukan oleh Dr.Aen di laman X, menceritakan tentang kenapa pesakit bipolar ini selalunya cenderung untuk melakukan aktiviti yang berisiko tinggi semasa dalam keadaan manic. Adakah mereka selalunya terlibat dalam penggunaan dadah? Berikut merupakan antara sebabnya:

1. Terlibat dengan DADAH
2. Terlibat dengan seks
3. Terlibat dengan jenayah
4. High risk investment
5. Beli-belah berlebihan

Pesakit sebelum doktor bagi diagnosis, dia dah terlibat dah pun dengan salah satu aktiviti di atas. Kenapa? Sebab aktiviti dopamine dalam otak terlalu tinggi berbanding orang normal. Apa jadi bila aktiviti dopamine ni tinggi? Dia akan rasa BERANI, KONFIDEN. Kenapa? Sebab bila dopamine ni diproses, dia akan jadi adrenaline. Adrenaline rush. Pernah dengar? Orang normal dapat adrenaline rush bila ada sesuatu perkara yang buat dia rasa excited. Within control maknanya.

Manic? Tak boleh control, berpanjangan. Dia boleh jadi super irritable too. So apa akan jadi waktu ni? Dia akan buat impulsive decision. Dan dia tak boleh fikir pada waktu itu, apa yang dia buat akan bahayakan dia.

Tahu tak manic ni berapa lama? DSM-V sendiri nyatakan, sekurang-kurangnya 7 hari. Ada yang boleh berminggu-minggu. Kalau dia terlibat dengan dadah pada waktu dia manic, dia akan abuse dadah tu sepanjang dia manic. Dan itu sudah cukup untuk bawa kepada masalah mental yang seterusnya. Iaitu, masalah ketagihan.

POTENSI UNTUK MENGALAMI KETAGIHAN JUGA..

penyakit bipolar

Ini yang menjadi masalah kepada pesakit apabila dia akan mendapat bukan satu, malah menjadi dua masalah penyakit iaitu bipolar dan ketagihan. Bukan itu sahaja, apabila fasa manic ini hilang, dia mungkin akan berada dalam fasa depresi kerana baru sedar dengan apa yang dilakukan. Untuk pengetahuan semua, bipolar ada kedua-dua episod major depressive disorder dan manic/hypomanic silih berganti.

Tapi masalah addiction masa dia tengah manic tu akan hilang bersama manic? TIDAK. Sebab dadah tu dah jadi stimulant, yang dah cipta reseptor-reseptor yang memerlukan dadah tu dalam otak dia. Jadi, walaupun dia dah tak manic, masalah addiction masih tak selesai.

Nicotine dalam rokok/vape juga dadah jenis stimulant. Kenapa susah berhenti? Sebab reseptor dah ada. Macam mana nak buang reseptor tu? Kena pergi rehab. Doktor ada rawatannya mengikut jenis dadah. Soalan seterusnya. “Habistu kenapa nampak dia ambik dadah dulu baru dia diagnose as bipolar?”

Kita nak diagnose orang, kena ada gejala dulu betul? Bila ada gejala, baru kita tahu. Dah ada gejala baru kita boleh berikan pelan rawatan, ubat yang sesuai. Mana boleh kita tahu tanpa nampak gejala. Doktor bukannya ahli nujum yang boleh predict kita akan sakit ke tak nanti.

Prediction pun based on research kes-kes sebelum. Contoh, ada penyakit runs in family.Tak semua pesakit bipolar akan terlibat dengan dadah. Tapi ianya common. Dan 1 pesakit boleh ada beberapa jenis sakit. Samalah macam Pak Abu ada penyakit 3 serangkai contohnya.

Ada yang boleh ada bipolar, ADHD dalam masa yang sama. Nak jelaskan jugak yang Schizophrenia, Bipolar, ADHD, Autism, kajian pakar kata dia adalah neurodevelopmental disorder. Sebab tu yang ada bipolar boleh ada ADHD, autism boleh ada ADHD.

*Memang agak menyakitkan hati dengan perkara yang dilakukan tetapi, apabila difikirkan semula, menjadi kasihan kepada pesakit kerana mereka sendiri pun tidak sedar. Jadi, ambil tahu mengenai penyakit ini sebelum mengeluarkan kata-kata yang kesat..

Baca juga: Usia 30-39 Tahun Ada Waktu Kemuncak Ujian Hidup, Bersiap-Sedialah Untuk Lebih Cekal!

Sumber: Public Health, X @draensaari

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×