Sudah pasti ramai dalam kalangan kita yang sedar hakikat bahawa setiap kali selesai makan, mesti mata akan cepat mengantuk dan badan pun rasa lemah bukan? Sepatutnya, selepas makan kita akan rasa bersemangat kerana telah mendapat bekalan tenaga yang diperlukan.
Mungkin anda rasa ini normal kerana badan berasa selesa dan kenyang. Namun, tahukah anda bahawa situasi ini juga boleh menjadi tidak normal dan punca kepada penyakit-penyakit tertentu.
Baca juga: Cara Minum Cuka Epal Dengan Betul Untuk Langsingkan Badan, Barulah Menjadi!
KENAPA CEPAT MENGANTUK SELEPAS MAKAN?
“Doktor, kenapa lepas makan kita mengantuk? Normal ke?”
“Jawapannya, boleh jadi normal dan tak normal”
1. TINDAK BALAS SISTEM PENCERNAAN
Selepas makan, sistem pencernaan memecahkan nutrien dari makanan untuk mengubahnya menjadi glukosa yang kemudiannya menjadi tenaga. Tubuh akan melepaskan hormon seperti amylin, glucagon dan cholecystokinin (CCK).
Hormon ini meningkatkan paras gula dalam darah, mewujudkan rasa kenyang dan menghasilkan insulin yang akan disalurkan melalui tisu sel dan memberi tenaga kepada mereka. Pada masa yang sama, otak mengeluarkan serotonin yang menyebabkan rasa mengantuk.
2. JENIS MAKANAN
Makanan yang tinggi karbohidrat (seperti nasi) dan makanan yang kaya dengan protein, seperti daging, ayam, telur, ikan, bayam, tofu, keju dan kacang soya, mengandungi asid amino tryptophan.
Asid amino ini digunakan oleh badan untuk menghasilkan serotonin, yang bertanggungjawab menyebabkan kita mengantuk!
3. TABIAT TIDUR
Corak tidur yang tidak teratur juga boleh menyebabkan rasa mengantuk selepas makan. Selepas makan, badan berasa kenyang dan rileks, menjadikan tubuh terasa seperti sedang berehat, menyebabkan rasa mengantuk, terutama jika tidur anda tidak berkualiti pada malam sebelumnya.
4. TAHAP KESIHATAN
Sekiranya anda sering berasa mengantuk, mungkin ia adalah tanda-tanda penyakit seperti penyakit Celiac, Anemia, Food intolerance, Alahan, Sleep Apnea, atau masalah kelenjar tiroid yang tidak aktif.
*Rujuk doktor anda jika anda mengalami keadaan ini berterusan.
Baca juga: Hilangkan Batuk Kahak Degil Dengan ‘Sumbat’ 2 Bahan Ini Dalam Stokin, Pakai Semalaman!
Sumber: Dr.Samhan