Sihat

Cara Minum Cuka Epal Dengan Betul Untuk Langsingkan Badan, Barulah Menjadi!

7
SHARES
cara minum cuka epal

Salah satu petua yang diamalkan ramai untuk menurunkan berat badan adalah dengan mengamalkan cuka epal. Namun, ramai dalam kalangan kita tidak sedar bahawa cara minum cuka epal yang betul perlu dipraktikkan supaya proses menurunkan berat badan menjadi!

Berikut merupakan perkongsian cara yang betul untuk anda amalkan cuka epal. Mungkin ada orang yang sesuai dan mungkin tidak sesuai mengamalkan cuka epal ini.

Baca juga: Hilangkan Batuk Kahak Degil Dengan ‘Sumbat’ 2 Bahan Ini Dalam Stokin, Pakai Semalaman!

CARA MINUM CUKA EPAL UNTUK TURUN BERAT BADAN, PILIH JENAMA BRAGG’

cara minum cuka epal

Antara salah satu jenama cuka epal yang disarankan adalah “BRAGG” sebab jenis raw-unfiltered. Ini merupakan jenis organik tanpa bahan pengawet cuka epal dan ia adalah salah satu cara kuruskan badan yang baru terkenal yang membantu menurunkan dan mengawal berat badan dengan lebih mudah, selamat dan insyaAllah berkesan. Ianya mengandungi bahan aktif yang bertindak degan 3 cara iaitu mengurangkan selera untuk makan berlebihan, menghalang penyerapan lebihan lemak dan minyak dalam tubuh dan membantu melancarkan sistem pelawasan.

Antara ciri yang sangat digemari sudah tentu bila ia mampu menurunkan kadar kolestrol secara semula jadi. Kajian juga mendapati pengambilan cuka epal ini mampu melindungi arteri daripada rosak akibat kolestrol yang tinggi. Selain itu, kandungan acetic acid mampu membantu menahan selera makan, meningkatkan metabolisme badan dan meningkatkan penyerapan mineral daripada makanan yang anda ambil.

Acetic acid ini banyak lagi kegunaannya. Dikatakan ia bersifat alkali dan mampu meneutralkan asid dalam badan yang menjadi punca pelbagai penyakit dan keradangan.

Fungsi & Kebaikan :-

1. Merangsang pemecahan lemak
2. Melancarkan perjalanan darah
3. Menguatkan tenaga dalaman
4. Meningkatkan kecergasan, daya ingatan, emosi, kreativiti, hafalan dan kepintaran anak-anak
5. Melawaskan usus besar dan kecil
6. Juga berfungsi sebagai: Anti-alergik, Anti-septik, Anti-anemia, Anti-ulcer
7. Masalah kulit seperti jerawat
8. Menghalang penyerapan atau timbunan lemak
9. Meningkatkan metabolisme di bahagian tubuh tertentu
10. Menyingkirkan air berlebihan dan bahan buangan (Pemparitan Limfatik)
11. Melembapkan dan mengencangkan kulit
12. Mencegah dan mengawal selulit
13. Melangsingkan bonggol lemak yang tidak perlu terutama di bahagian perut, tepi dan belakang lengan, pinggul dan peha
14. Meredakan sakit dan sengal sendi
15. Menurunkan risiko masalah jantung dan barah
16. Mengandungi anti-oksidan yang menjaga kesihatan jantung dan pengelak barah
17. Meningkatkan kesihatan membran paru-paru
18. Meningkatkan kesihatan tulang dgn menambah bahan kimis (boron) padas mineral tulang
19. Membantu kesihatan sistem kardiovaskular dgn mengekalkan tahap kolesterol darah
20. Membantu mengekalkan berat badan yang ideal
21. Menghilangkan stress dan membantu tidur yang nyenyak, dan sebagainya

Cara terbaik kuruskan badan amalkan minum cuka epal :

cara minum cuka epal

– 1-2 sudu cuka epal bersama satu cawan air suam ..

– Sehari sekali pun dah cukup

Minum semasa perut kosong atau sebelum makan. Sekiranya tidak tahan masam atau ada penyakit gastrik, dicadangkan cuka epal dicampur dengan pati delima, jus buah atau teh dan paling bagus ialah bersama madu yang dicampur bersama air suam. Jangan campur gula pula.

-Minum setiap hari sekurangnya 60 hari dan lihat kesannya pada kesihatan anda. Kalau anda tidak gemar menikmati dalam bentuk minuman, tambahkan cuka epal dalam makanan seperti salad atau masakan lain.

*Selamat mencuba!

Baca juga: Petua Turunkan Suhu Demam Tanpa Ubat, Hanya Campur 2 Bahan Dapur Ini & Minum!

Sumber: Shahera Abdullah

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×