Sihat

Tips Kuruskan Badan Turun Berkilo-Kilo, Tak Payah Joging Sampai 5KM Sehari

22
SHARES
TIPS KURUSKAN BADAN

Terdapat beberapa tips kuruskan badan anda boleh cuba untuk mendapatkan badan ideal. Selain melakukan senaman seperti berjoging 5km sehari, tips di bawah ini sememangnya berkesan.

Dinasihatkan agar diet mengikut kemampuan dan tidak berlebih-lebihan sehingga menyebabkan anda jatuh sakit. Ikuti perkongsian lanjut di bawah.

Baca juga: Rawatan Resdung Guna Bawang Besar, Lega Habis Semua ‘Khazanah’ Keluar

TIPS KURUSKAN BADAN, TAK PAYAH JOGING SAMPAI 5KM SEHARI

TIPS KURUSKAN BADAN

Mereka yang obes tapi ada tekad nak kurangkan berat tak perlu habiskan joging sampai 5 kilometer sehari.

Nasihat saya:

1. Buat ikut kemampuan dan jangan terpengaruh dengan orang lain yang sibuk untuk berjoging.

2. Kalian harus ingat lutut kalian menanggung lebih berat bebannya berbanding orang lain. Tambah-tambah jika sudah lama tidak bersenam.

3. Faham sendiri. Badan setiap orang tak sama. Silap hari bulan jika dipaksa juga boleh menyebabkan kecederaan. Lutut, pinggang dan tumit jagalah baik-baik.

4. Buat ikut kemampuan. Dapat berjalan kaki santai 30 minit sehari pun dah memadai.

5. Permulaan awal saya mengurangkan berat badan juga bermula dengan berjalan kaki. Setiap hari saya cuba dapatkan 30 minit berjalan kaki.

6. Lama kelamaan dari disiplin dan penjagaan makanan, berat badan sudah mula menunjukkan penurunan. Bila dah turun baru perlahan-lahan saya joging.

7. Dari 3 minit kepada 5 minit. 5 minit kepada 15 minit. Begitulah seterusnya. Stamina meningkat hasil latihan.

8. Apa yang saya nak sampaikan. Kalian tak perlu malu kalau orang lain joging dan kalian hanya mampu berjalan.

Itu sahaja yang kita mampu. Yang pasti itu lebih baik dari berdiam diri tanpa berbuat apa-apa sepanjang hari. Fokus, disiplin dan konsisten adalah kunci kejayaan. Jangan pandang lekeh pada permulaan ringkas berjalan kaki ini. Setiap lagenda bermula dari bawah. Jangan malu-malu.

Baca juga: Tips Hilangkan Lenguh Badan & Sakit Saraf, Lega Satu Badan Macam Zaman Muda!

Sumber: Facebook Arif Sukri

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×