Nur

Jangan Sedih Jika Badan ‘Besar’, Baca Doa Kuruskan Badan Ini Setiap Hari. InsyaAllah Berkesan!

103
SHARES
DOA KURUSKAN BADAN

Wanita dan lelaki chubby sudah tentunya memiliki keinginan untuk menguruskan badan tetapi itu bukanlah semudah yang disangka. Selain mengamalkan gaya hidup sihat, anda juga boleh cuba membaca doa kuruskan badan seperti perkongsian di bawah.

Walau bagaimanapun, setiap hasil yang diinginkan perlu selari dengan usaha. Jangan hanya berharap kepada doa kuruskan badan tetapi tiada sebarang inisiatif dilakukan.

Baca juga: Suami Pukul Isteri Depan Anak, Jangan Ambil Ringan Hukum Ini

DOA KURUSKAN BADAN, YANG CHUBBY TU BOLEH BACA

DOA KURUSKAN BADAN

Anda boleh amalkan membaca Surah Al-Quraish (106) 40 kali setiap hari.

بِسْمِ اللّٰهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ

لِاِيۡلٰفِ قُرَيۡشٍۙ

Li-ilaafi quraish

اٖلٰفِهِمۡ رِحۡلَةَ الشِّتَآءِ وَالصَّيۡفِ‌ۚ

Elaafihim rihlatash shitaa-i wass saif

فَلۡيَـعۡبُدُوۡا رَبَّ هٰذَا الۡبَيۡتِۙ

Fal y’abudu rabba haazal-bait

الَّذِىۡۤ اَطۡعَمَهُمۡ مِّنۡ جُوۡعٍ ۙ وَّاٰمَنَهُمۡ مِّنۡ خَوۡفٍ

Allazi at’amahum min ju’inw-wa-aamana hum min khawf.

Maksudnya: “Kerana kebiasaan aman tenteram kaum Quraisy (penduduk Makkah) iaitu kebiasaan aman tenteram perjalanan mereka (menjalankan perniagaan) pada musim sejuk (ke negeri Yaman), dan pada musim panas (ke negeri Syam). Maka hendaklah mereka menyembah Tuhan yang menguasai rumah (Kaabah) ini, Tuhan yang memberi mereka penghidupan: menyelamatkan mereka dari kelaparan, dan mengamankan mereka dari ketakutan.”

Selain itu, menerusi laman Instagram rasmi milik Ustaz Adnin, beliau memberitahu tiada spesifik doa kuruskan badan boleh dibaca tetapi anda boleh meminta apa sahaja kepada Allah SWT kerana Allah Maha Memahami.

Tambahnya lagi, doa tersebut juga boleh dibaca dalam Bahasa Melayu mengikut kesesuian yang diinginkan. Antara contoh doanya adalah:

“Ya Allah mudahkan perjalanan ku untuk kurus supaya mudah aku beribadah kepadamu tetapkan iman ku. Jika kurus
membuatkan aku tidak melupakanmu maka makbulkan-lah ya Allah.”

InsyaAllah dengan izinNya, impian memiliki badan langsing menjadi kenyataan.

Semoga artikel ini memberi manfaat buat anda semua!

Baca juga: Jangan Guna Taktik Ambil Tempat Duduk Orang Lain Dalam Masjid & Terus Solat Sunat

Sumber: Ustaz Adnin

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×