Nur

Jangan Guna Taktik Ambil Tempat Duduk Orang Lain Dalam Masjid & Terus Solat Sunat

61
SHARES
tempat duduk

Menerusi perkongsian pengguna Facebook, seorang lelaki bertindak mengambil tempat duduk kepunyaan orang lain kerana sudah lewat.

Jelas Kayrollz Nasri, perkara ini biasa terjadi ketika solat Jumaat dan semasa tiba di masjid, seorang budak lelaki sudah ada di tempat duduk sambil membaca kitab.

Baca juga: Hukum Laungkan Azan Sebelum Bertolak Ke Mekah, Dibolehkan Atau Sebaliknya?

TEMPAT DUDUK DIAMBIL ORANG LAIN KETIKA DALAM MASJID

tempat duduk

Budak itu kemudian bangun kerana ingin meletakkan kitab itu semula. Namun, seorang lelaki berbaju putih datang lambat dan mengambil tempat duduk budak lelaki tersebut.

“Hari ini saya datang masjid awal dari biasa. Masa saya datang, budak (panah hijau) itu duduk sambil baca kitab sebelah abang dia (kopiah putih).

Lelaki baju putih itu datang lambat. Masa budak tersebut bangun nak letak kitab, dia cepat-cepat selit antara saf dan ambil spot budak itu serta cepat-cepat angkat takbir (solat sunat).

“Budak itu kemudian patah balik sambil terpinga-pinga. Bila dah habis solat, buat-buat tak reti sahaja pula,” jelasnya.

Perbuatan ini dilarang seperti hadis yang diriwayatkan oleh Abu ‘Awanah bahawa Rasulullah SAW bersabda:

مَنْ قَامَ مِنْ مَجْلِسِهِ، ثُمَّ رَجَعَ إِلَيْهِ فَهُوَ أَحَقُّ بِهِ

Maksudnya: “Sesiapa yang bangun dari tempat duduknya, kemudian dia kembali semula kepada tempat itu, maka dia lebih berhak dengannya (tempat tersebut).” Riwayat Muslim (2179)

Imam al-Nawawi turut menyatakan, hadis ini adalah berkenaan orang yang duduk pada suatu tempat di dalam masjid, lalu dia tinggalkan sekejap tempat itu untuk kembali semula, bagi tujuan untuk berwuduk atau menunaikan suatu keperluan yang sedikit.

Kemudian dia kembali, maka tidak terbatal haknya ke atas tempat tersebut. Bahkan sekiranya dia kembali, dia lebih berhak ke atas tempat itu untuk solat. Begitu juga, jika ada orang lain yang duduk di tempatnya, dia boleh membangunkan orang tersebut.

Manakala bagi orang yang duduk pula hendaklah bangun dan beredar dari tempat tersebut berdasarkan hadis ini. Inilah pendapat yang sahih di sisi ulama mazhab Syafie iaitu wajib ke atas orang yang duduk itu untuk beredar dari tempat tersebut, sekiranya orang yang awal kembali semula (dan mahu duduk di tempat itu).

Baca juga: Hukum Isteri Ambil Duit Suami Senyap-Senyap Sebab Tak Bagi Nafkah

Sumber: Kayrollz Nasri & Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×