Nur

Baca Al-Quran Di Telefon Tapi Tidak Berwuduk, Ini Hukum Anda Kena Tahu

9
SHARES
BACA AL-QURAN DI TELEFON

Sesetengah orang lebih memilih untuk baca al-Quran di telefon bimbit kerana lebih mudah dan cepat. Walau bagaimanapun, perbuatan ini kadang kala menjadi tanda tanya apabila seseorang itu tidak mengambil wuduk terlebih dahulu.

Perkara ini perlu diambil berat kerana risau perbuatan baca al-Quran di telefon tanpa wuduk menyebabkan berdosa atau sebaliknya.

Baca juga: Baca Al-Quran Tanpa Suara Lebih Baik Jika Takut Dianggap Riak, Ini Penjelasannya

HUKUM BACA AL-QURAN DI TELEFON TANPA WUDUK

BACA AL-QURAN DI TELEFON

Umum mengetahui, membaca al-Quran adalah satu perbuatan yang sangat dituntut dalam Islam. Hal ini kerana pelbagai ganjaran dapat diperolehi.

Perkara ini juga disebut di dalam hadis yang diriwayatkan ole Abu Umamah RA bahawa ia mendengar Nabi SAW bersabda:

اقْرَءُوا الْقُرْآنَ فَإِنَّهُ يَأْتِي يَوْمَ الْقِيَامَةِ شَفِيعًا لأَصْحَابِهِ

Maksudnya: “Bacalah al-Quran, kerana sesunggunhnya ia akan datang pada hari kiamat memberi syafaat kepada sesiapa yang membacanya.” Riwayat Muslim (804)

Berbalik kepada persoalan di atas, hukum membaca al-Quran tanpa wuduk menggunakan telefon bimbit adalah harus. Aplikasi al-Quran di dalam telefon tidak boleh dihukum sebagai mushaf al-Quran kerana ianya hanya tulisan yang dipapar melalui skrin dan kemudiannya hilang bahkan tidak kekal, berbeza seperti yang ditakrifkan oleh para ulama dengan mushaf al-Quran yang hakiki.

Maksud mushaf adalah setiap benda yang ditulis padanya sesuatu daripada al-Quran dengan tujuan pembelajaran seperti kayu, tiang atau dinding.  Sifat mushaf adalah sesuatu yang ditulis di atasnya ayat al-Quran.

Jadi, dapat difahamkqn bahawa al-Quran yang dibuka di dalam telefon pintar tidak termasuk di dalam kategori mushaf seperti mana yang ditakrifkan oleh ulama.

Walau bagaimanapun, disunatkan untuk berwuduk ketika hendak membaca al-Quran kerana itu merupakan salah satu adab yang digariskan oleh para ulama.

Selain ituahawa jika membaca al-Qur’an melalui telefon lebih mendatangkan kekhusyukan dan tadabbur, maka ia tidak akan mengurangi pahala seseorang itu daripada membaca dengan melihat mushaf. Yang paling utama adalah dengan menghadirkan hati dan merasakan manfaatnya daripada al-Qur’an.

Semoga bermanfaat!

Baca juga: Ustaz Abdul Somad Kongsi Doa Selepas Sembahyang Dalam Rumi, Senang Nak Baca

Sumber: Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×