Nur

Senarai Bacaan Wirid, Zikir Dan Doa Selepas Solat Dalam Rumi, Lebih Mudah..

34
SHARES
DOA SELEPAS SOLAT

Sekiranya anda mencari panduan bacaan wirid, zikir dan doa selepas solat dalam bahasa rumi, ini merupakan artikel paling tepat untuk dibaca.

Ingat, selepas selesai solat jangan terus bangun. Amalkan untuk membaca beberapa doa seperti yang dikongsikan.

Baca juga: 6 Situasi Buka Aib Yang Dibenarkan Dalam Islam, Jangan Asyik Cerita Buruk Orang!  

SENARAI BACAAN WIRID, ZIKIR & DOA SELEPAS SOLAT

DOA SELEPAS SOLAT

Wirid 1 -baca sebanyak 3 kali

أَسْتَغْفِرُ اللَّهَ الْعَظِيمَ الَّذِي لَا إِلَهَ إِلَّا هُوَ الْحَيَّ الْقَيُّومَ وَأَتُوبُ إِلَيْه

Astaghfirullah hal ‘azim al lazi laa ilaha illa huwal hayyul qayyum wa atubu ilaihi

Maksudnya: “Aku meminta ampun pada Allah yang Maha Agung, yang tiada Tuhan selain Dia Yang Maha Hidup lagi Maha Berdiri Sendiri, dan aku bertaubat kepadaNya”

Wirid 2 – baca sebanyak 3 kali

لَاإِلَهَ إِلَّا اللهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيْكَ لَهُ، لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ يُحْيِيْ وَيُمِيْتُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْئٍ قَدِيْرٌ

La ilaha illallah wahdahu la syarika lahu lahul mulku wa lahul hamdu yuhyi wa yumit, wa huwa ‘ala syai’in qadir

Maksudnya: “Tidak ada Tuhan melainkan Allah, tidak ada sekutu bagi-Nya, milik-Nya segala kekuasaan dan bagi-Nya segala pujian. Dia Maha Kuasa atas segala sesuatu”

Wirid 3 – baca sebanyak 3 kali

اَللَّهُمَّ أَجِرْنِـى مِنَ النَّارِ

Allahumma Ajirni Minan-Naar

Maksudnya: “Ya Allah, jauhkanlah aku daripada api neraka

Wirid 4

اللَّهُمَّ أَنْتَ السَّلَامُ وَمِنْكَ السَّلَامُ وَإِلَيْكَ يَرْجِعُ السَّلَامُ فَحَيِّنَا رَبَّنَا بِالسَّلَامِ وَأَدْخِلْنَا دَارَكَ دَارَ السَّلَامِ تَبَارَكت رَبنَا وَتَعَالَيْت يَا ذَا الْجلَال وَالْإِكْرَام

Allahumma Antas Salam wa minkas Salam wa ilayka yarji’us salam fahayyina Rabbana bis salam wa adkhilna daraka daras salam tabarakta Rabbana wa ta’alayta Ya Dhal Jalali wal Ikram

Maksudnya: “Ya Allah, engkaulah Dzat yang memberi keselamatan (kesejahteraan), hanya darimu lah keselamatan (kesejahteraan) dan kepadamua lah segala keselamatan (kesejahteraan) itu kembali. Maka hidupkanlah kami Ya Allah dengan selamat (sejahtera), masukkan kami ke dalam surga rumah keselamatan (kesejahteraan), Engkaulah Dzat yang berkah wahai Tuhan kami dan maha luhur Engkau, Ya Tuhan kami yang Dzat yang memiliki keagungan dan kemuliaan.”

ZIKIR LEPAS SOLAT

Zikir yang dikongsikan boleh diamalkan selepas solat. Biasanya akan diulang sebanyak 11 kali, 33 kali dan ada juga yang membacanya sehingga 100 kali.

  • SubhanAllah ( سبحان الله)
  • Alhamdulillah ( الحمد لله)
  • AllahuAkbar (الله أكبر )
  • Lailahaillallah ( لَا إِلَٰهَ إِلَّا ٱللَّٰهُ)

Baca juga: Mula-Mula Kawan Sahaja Tapi Tersuka Pula, Ini Hukum Mencintai Suami Orang Dalam Diam

DOA SELEPAS SOLAT

Doa pertama

Allahumma Rabbana Tagobbal minna solatana wa siayamana wa ruku ‘ana wa sujudana wa qu ‘udana wa tadhorru ‘ana wa takhoshu ‘ana wa ta ‘abbudana wa tammim tagsirona ya Allah Ya rabbal alamin.

Maksudnya: Ya Allah, terimalah solat kami, puasa kami, rukuk kami, sujud kami, duduk kami, kerendahdirian kami, kekhusyukan kami, pengabdian kami, dan sempurnakanlah apa yang kami lakukan selama ini, tuhan sekalian alam.

Doa kedua

رَبَّنَا ظَلَمْنَآ أَنفُسَنَا وَإِن لَّمْ تَغْفِرْ لَنَا وَتَرْحَمْنَا لَنَكُونَنَّ مِنَ ٱلْخَٰسِرِينَ

Rabbanaa zalamnaaa anfusanaa wa illam taghfir lanaa wa tarhamnaa lanakoonanna minal khaasireen.

Maksudnya: “Mereka berkata, Wahai Pemelihara kami, sesungguhnya kami telah berbuat zalim kepada diri-diri kami. Dan jika Engkau tidak memberi keampunan kepada kami dan merahmati kami, kami sesungguhnya menjadi termasuk dari golongan orang-orang yang rugi. (Surah Al-A’raf: ayat 23)

Doa ketiga

رَبَّنَا وَلَا تَحْمِلْ عَلَيْنَآ إِصْرًا كَمَا حَمَلْتَهُۥ عَلَى ٱلَّذِينَ مِن قَبْلِنَا

Robbana wala tahmil alaina ishron kamaa hamaltahu alalladzi namin qoblina

Maksudnya: “Ya Tuhan kami, janganlah Engkau bebankan kepada kami beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang sebelum kami.”

Doa keempat 

رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ

Rabbana atina fiddunya hasanah wa fil akhiroti hasanah waqina ‘adzabannar

Maksudnya: “Ya Allah, berikanlah kepada Kami kebaikan di dunia, berikan pula kebaikan di akhirat dan lindungilah Kami dari siksa neraka.” (QS. al-Baqarah : 201)

Selain doa di atas, terdapat juga beberapa doa lain yang boleh dibaca selepas solat.

Semoga bermanfaat!

Baca juga: Ketagih Tiap Hari Nak Tengok Video Luca* Sampai Lupa 8 Kesan Buruk Ini, Takutnya!

Sumber: Aku Muslim & Aku Islam

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×