Nur

Tular Katanya Lafaz Niat Solat Kena Ada ‘Fardu’ Baru Sah? Jangan Gelabah, Ini Penjelasannya…

13
SHARES
lafaz niat solat

Sebagai seorang yang beragama Islam, solat merupakan tiang kepada agama dan wajib ditunaikan dengan sempurna. Namun, sejak kebelakangan ini timbul pula keraguan dalam kalangan ramai kerana ada yang mengatakan lafaz niat solat mereka tidak sah. Kenapa?

Hal ini kerana, terdapat beberapa percanggahan maklumat bahawa niat solat perlu ada perkataan ‘fardu’ dan jika tiada, solat anda tidak sah walaupun sudah berpuluh tahun menunaikannya! Biar betul? Ini penjelasannya..

Baca juga: Umum Awal TAK KALUT, Tarikh Jangkaan Sambut Bulan Ramadan & Raya Tahun 2025 ‘Viral’!

LAFAZ NIAT SOLAT KENA ADA ‘FARDU’ BARU SAH? MEH USTAZ JAWAB

lafaz niat solat

Ustaz Yazid Hamka tampil di laman X untuk memberi teguran tentang niat solat apabila ada individu yang menakut-nakutkan masyarakat kononnya selama ini solat mereka tidak sah bila tak sebut ‘fardu’ dalam niat.

Contoh: “Sahaja aku solat Zohor … empat rakaat kerana Allah.”

Situasi di atas tidak sebut ‘fardu’ di situ. Pertama, kita perlu jelas tentang niat. Di mana tempatnya? Tempatnya di hati, bukan di bibir. Menyebut di bibir itu cuma sebagai sokongan. Tetapi yang wajib adalah di dalam hati. Ingat, di dalam hati.

Dan niat ini apa? Niat adalah lintasan fikiran di dalam benak hati kita. Niat adalah apa yang kita fikir. Contoh “Saya nak minum air. Saya ambil air. Sebelum saya ambil air itu, ada tak niat saya untuk ambil? Ada”.

Saya tak perlu sebut dalam hati ‘Aku nak ambil air ini untuk minum.‘ Jelaskan sekarang, apa itu niat. Ia di hati. Apa yang kita fikir. Bukan susunan ayat yang kita perlu sebut dalam fikiran. Sekarang yang disebut dalam kitab fiqh tentang cara berniat, apa yang perlu ada?

1. Al-Qasd (Tujuan). Contoh: “Aku nak solat.”

2. Tamyiz/Ta’yin (Membezakan atau menentukan solat apa). Contoh: “Zohor.”

3. Niat fardu, kalau solat itu fardu.

NIAT NAK TUNAI SOLAT PUN DAH SAH

lafaz niat solat

Adakah kita kena susun kesemua ini dalam niat? Tak perlu. Cukup kita sedar, kita tahu, dan kita fikir ketika itu. Contoh ketika itu kita bangun berdiri untuk solat Zohor. Ketika angkat takbir, kita tahu yang kita nak solat fardu zohor. Nah, niat itu dah sah dah pun. Itu saja. Kalau ada yang keliru dengan perkataan fardu, jangan rasa keliru. Fardu = wajib.

“Aku nak solat zohor. Solat zohor ini wajib”.

Fikir macam ini pun dah sah solat. Kemudian disebutkan lagi bahawa kita digalakkan untuk fikir juga berapa rakaat solat itu, dan fikir solat ini kerana Allah. Ini tambahan yang digalakkan. Tapi dah sebut yang tiga tadi dah cukup. Cukuplah menakut-nakutkan masyarakat.

Sampai ada yang fikir selama ini solat 30 tahun rupanya tak sah, sebab tak sebut fardu dalam niat. Saya hampir setiap hari ya, buka Tiktok ada ustaz dan ustazah buat live tekankan pasal ini.

Tak sebut fardu = solat tak sah.

“Bila saya komen, tak dibaca. Masyarakat pun terus terperdaya. Manakan tidak, viewing live lebih dari 1000 orang.”

*Tolong, selagi boleh memudahkan masyarakat, mudahkan. Ibadah jangan diberat-beratkan. Solat adalah antara ibadah paling mudah, paling natural, tetapi disusah-susahkan pula.

Baca juga: Ustaz ‘Warning’ Lelaki Mungkir Janji Nak Nikah Tak Selamat Di Akhirat, Wanita Boleh Tuntut Pahalanya

Sumber: X @YAZIDHAMKA

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×