Berjanji, sesiapa sahaja boleh lafazkan tetapi tidak semua boleh lunaskan janji tersebut. Ini juga termasuk dalam hal-hal percintaan dan perkahwinan di mana banyak pasangan yang menaburkan pelbagai janji seperti ingin berkahwin, ingin memberikan kemewahan dan sebagainya namun akhirnya mungkir janji.
Namun mana-mana individu khususnya kaum lelaki perlu berhati-hati dalam menabur janji mereka kerana sekiranya memungkiri janji untuk menikahi seorang wanita ia boleh memakan diri apabila di akhirat kelak!
Baca juga: Bancuh Air Untuk Suami Tersayang Jangan ‘Kosong’, Selit Doa-Doa Ini Supaya Abang Sentiasa Cinta!
LELAKI MUNGKIR JANJI NAK NIKAH, WANITA BOLEH TUNTUT PAHALA DI AKHIRAT
Baru-baru ini pendakwah yang dikenali sebagai Ustaz Raja Muhammad Al-mahi Raja Badrol Hisham menjelaskan bahawa seorang wanita boleh menuntut janji yang telah dimungkiri ketika di akhirat sekiranya lelaki tidak menunaikan janji untuk bernikah dengan mereka.
“Mana-mana lelaki yang pernah berjanji nak berkahwin dengan anda (wanita) lalu dia tidak tunaikan, dekat akhirat nanti anda boleh tuntut depan Allah SWT. ‘Ya Allah lelaki ini pernah berjanji nak kahwin dengan saya, nak jaga, didik saya lalu dia tidak tunaikan. Aku nak tuntut hari ini, aku nak pahala darinya’,” ujarnya dalam video di TikTok.
Jelas ustaz yang mesra dipanggi Almahiraja perkara itu boleh dilakukan dan menasihatkan para lelaki jangan sesekali berjanji dengan mana-mana wanita untuk mengahwininya. Hal ini kerana sekiranya janji itu tidak ditunaikan ia telah jatuh sebagai berdosa.
“Kalau anda (lelaki) berjanji lalu usaha tunaikan, kemudian tak dapat tunaikan berdosa. Kalau anda berjanji dan memang sengaja tak nak tunaikan sebab nak ambil kesempatan dekat wanita tu, dua kali berdosa.
“Sebab tu jangan janji nak kahwin dengan siapa-siapa. Jodoh ini milik Allah bukanlah dengan lamanya bercinta itu menjadi satu jaminan jodoh.
“Ada orang bercinta 10 tahun ke 20 tahun, ada yang dari sekolah rendah, sekolah menengah dari tadika pun ada yang bercinta. Akhirnya berkahwin dengan orang yang baru kenal sebulan dua,” katanya.
JODOH ADALAH KETETAPAN ALLAH SWT, CAKAP SEDANG BERUSAHA..
Jelasnya lagi, jodoh ini ditetapkan oleh Allah SWT sejak azali dengan siapa kita akan berkahwin. Oleh itu, sekiranya berjanji untuk berkahwin dengan seseorang wanita, lelaki perlu usaha untuk menunaikan janjinya.
Kalau boleh, jika lelaki tersebut betul-betul menyukai dan ingin menghalalkan wanita tersebut, cukup dengan hanya cakap ‘saya sedang usaha menghalalkan awak, semoga kita berjodoh’.
“Jangan janji aku akan kahwin dengan awak, aku akan jaga awak, aku akan didik awak, aku akan bagi kemewahan dekat awak. Tidak boleh, berdosa.
“Jangan buat main dengan janji, sebab tu wanita juga janganlah paksa ‘awak janjilah kahwin dengan saya. Kalau awak tak nak janji kahwin dengan saya, saya tak nak kahwin dengan awak’.”
Tambahnya lagi di akhir video sebagai pesanan adalah wanita memang perlu meminta lelaki berusaha untuk mengahwini dirinya dan jangan dibiarkan lama. Namun sekiranya jodoh tidak berpihak kepada anda maka itu perlu diserahkan kepada kekuasaan Allah SWT.
*Nasib baik tak ada sesiapa yang berjanji dengan penulis lagi…
@almahiraja #dakwahbiarsampai #almahiraja #usrahdbs ♬ Butterfly – AmirullahMZ
Baca juga: Adab Malam Pertama Pengantin Baharu, Suap Isteri Minuman Manis Ikut Sunah Rasulullah SAW
Sumber: Tiktok @ustazalmahiraja