Apabila sudah mendirikan rumah tangga tidak kira berapa lama tempoh hubungan tersebut, terfikir untuk melakukan permohonan cerai adalah sangat dielakkan. Selagi hubungan tersebut masih boleh diperbaiki maka lakukan itu namun ada hubungan yang sudah tidak boleh diselamatkan lagi…
Dalam panasnya isu mengenai ramai dalam kalangan selebriti sedang melalui proses berpisah dengan pasangan, orang ramai juga tertarik dengan satu jenis undang-undang perceraian iaitu di bawah Seksyen 47. Apa yang berbeza?
APA ITU PERMOHONAN CERAI SEKSYEN 47?
Seperti yang kita tahu beberapa hari lepas, ditetapkan sebutan permohonan perceraian oleh Fazura di bawah Seksyen 47 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003 dengan kebenaran mahkamah dan saman itu sudah diserahkan kepada Fattah serta sudah diterima.
Bagaimanapun, pihak mahkamah menerima satu cadangan penyelesaian daripada pihak Fattah sekali gus mahkamah menangguhkan kes ini pada 7 Oktober ini untuk pihak-pihak berbincang sebelum tarikh prosiding.
Oleh itu, tampil seorang Peguam Syarie Naim di laman Tiktoknya menjelaskan apakah itu perceraian Seksyen 47? Menurutnya ini adalah perceraian yang paling harmoni. Ia tidak membuka aib mana-mana pihak. Hanya dengan menyatakan bersetuju untuk bercerai atau tidak bersetuju. Bila isteri membuat permohonan cerai di Mahkamah Syariah maka lafaz cerai bukan kuasa mutlak suami lagi.
Bagaimana kalau suami tidak setuju untuk cerai?
Penting untuk anda tahu bahawa jika pihak suami tidak bersetuju untuk cerai, maka kes perceraian tersebut akan diteruskan dengan jawatankuasa pendamai (JKP). JKP berfungsi sebagai pihak tengah untuk mendamaikan kedua-dua belah pihak.
Bagaimana pula kalau JKP pun gagal?
Sekiranya nak berdamai pun masih gagal, kes cerai akan diteruskan dengan HAKAM. Kes diuruskan oleh HAKAM ada dua iaitu HAKAM Keluarga dan HAKAM Mahkamah.
HAKAM Kelurga: Berfungsi untuk menyiasat syiqaq dan mendamaikan pihak.Kalau gagal mendamaikan, maka HAKAM keluarga suami boleh lafazkan cerai. Sekiranya suami masih enggan untuk lafaz cerai, maka mahkamah akan lantik HAKAM Mahkamah.
HAKAM Mahkamah: Ini adalah proses terakhir apabila HAKAM Mahkamah akan siasat punca perceraian adalah dari siapa. Jika dari ISTERI, maka perceraian dengan tebus talak. Jika dari SUAMI maka HAKAM akan lafaz cerai bagi pihak suami.
@peguamsyarienaim Perceraian seksyen 47 adalah perceraian yang paling harmoni. Ia tidak membuka aib mana-mana pihak. Hanya dengan menyatakan bersetuju untuk bercerai atau tidak bersetuju Bila isteri membuat permohonan cerai di Mahkamah Syariah maka Lafaz Cerai bukan kuasa Mutlak Suami lagi. #peguamsyariekelantan #peguamsyarie #ceraimuda #cerai47 ♬ Menggengam Bahagia Speed Up Version – 𝐋𝐚𝐞𝐯𝐉 ‘
*Ilmu ini sangat penting buat anda yang sudah berkahwin atau bakal berkahwin kelak. Namun apa yang diharapkan adalah tindakan untuk bercerai ini adalah jalan akhir sekiranya benar-benar mendatangkan masalah.
Baca juga: MENGGERUNKAN! Setiap 8 Minit Ada 1 Kes Perceraian Di Malaysia, Ini Peringatan Untuk Suami Isteri
Sumber: Tiktok @peguamsyarienaim