Suami Isteri

MENGGERUNKAN! Setiap 8 Minit Ada 1 Kes Perceraian Di Malaysia, Ini Peringatan Untuk Suami Isteri

2
SHARES
perceraian di malaysia

Walaupun kita dikelilingi dengan berita perkahwinan rakan-rakan dan ahli keluarga, rupanya dalam kita tak sedar adalah statistik perceraian di Malaysia adalah lebih tinggi dari perkahwinan. Hal ini kerana, menurut sumber bancian, setiap 8 minit akan berlaku 1 kes perceraian dalam Malaysia!

Mengapa keputusan ini diambil oleh pasangan suami isteri sekiranya masih boleh diselamatkan melalui perbincangan? Buat anda yang masih utuh ikatan suci ini atau bakal berumah tangga, ini 6 nasihat yang boleh jadi rujukan.

Baca juga: Pasangan Yang Kerap Muat Naik Gambar ‘Selfie’ Mesra Sebenarnya TAK BAHAGIA- Kajian

STATISTIK PERCERAIAN DI MALAYSIA MENGGERUNKAN, INI TITIPAN 6 NASIHAT

perceraian di malaysia

Menggerunkan. Setiap 8 minit, 1 perceraian berlaku di Malaysia! Ini statistik penceraian tahun 2022, 62,890 kes setahun. Secara purata jadikannya 172/hari. Bukanlah nak komen tentang kes artis bercerai, aku sejenis yang mengelakkan topik rumah tangga orang lain. Jika ada bibit-bibit perbincangan dari wife aku, aku akan terus matikan perbincangan.

Kita tak tahu apa yang mereka hadap dan apa yang bakal kita hadap di hari muka. Cuma apa yang kita boleh buat adalah saling mengingatkan sesama kita. Aku titipkan peringatan ini bersama.

1. JANGAN HARAP PASANGAN  SEMPURNA

Benda ini keep on flashing dekat minda tiap kali tengok ketidaksempurnaan isteri. Apa kau ingat kau kahwin dengan nabi? Tak ada manusia yang sempurna.

Yang ada hanya manusia yang sempurna mencintaimu. No matter how bad you are. Dia tetap di situ mencintai setiap kelebihan dan kekuranganmu. Kita kena ingat kita bukan sahaja mengahwini kelebihan pasangan. Kita juga mengahwini kekurangannya.

2. KAHWINI KELUARGA PASANGAN SEKALI

The moment sah je jadi suami isteri. Patutnya kita kena buat until kita anggap family dia adalah family sendiri. I mean family kandung. Banyak isu berlaku melibatkan keluarga ni. Pasangan terasa apabila kita kelihatan melebihkan keluarga kita sahaja berbanding pasangan. Ubatnya adalah apabila melihat keluarga pasangan, kita cuba bandingkan apa yang kita buat jika itu keluarga kita.

Jadi terutama kepada suami, tak rugi pun treat family isteri macam family kandung.

3. BUAT PROPER PERANCANGAN KELUARGA (RETREAT)

Ini lain dari lain sikit sebab aku dah buat beberapa kali. Retreat ni bukan bermaksud pergi bercuti kosong tau. Buat macam kita buat company retreat. Bentang laporan tahunan dan buat perancangan tahunan, short dan long term. Dari hal anak sampai la hal kewangan. Brainstorm dengan pasangan masing-masing. Buat objektif. Letak KPI.

Ketika ni juga boleh jadi medan muhasabah apa yang kurang diri kita. Pasangan tegur. Tapi jangan pula ambil hati. Ambil sahaja sebagai titik permulaan penambahbaikan.

4. ACAH-ACAH BERBINCANG WALAUPUN TAK ADA KESAN

Kadang-kadang ada benda yang kita suami rasa tak payah bincang. Tapi sebenarnya kena acah-acah berbincang. Ianya menunjukkan kita include pasangan dalam membuat keputusan. Walaupun kadang-kadang dia pun malas nak ambil tahu pun.

Pernah satu ketika isteri bising sebab tak bincang nak pergi beraya dekat mana. Lepas tu aku pun improve la. Tanya la dia.

“Ok. Nak ke mana nanti?”
Jawapan seperti dijangka
“Ikut abang la. Sayang tak kisah”

5. TAHU KASIH SAYANG UTAMA

Bergenang air mata aku bila cakap benda ni kat wife aku. Aku cakap:

“Kita kena didik anak-anak kita supaya letakkan kasih sayang yang paling utama pada sayang bukan pada abang”

Macam mana pun kita nak kan anak kita sayang dekat kita. Kita kena kerap ingatkan yang syurga mereka tetap pada ibu diorang
Sama juga bila Aida cakap bila bertemu dua kepentingan dia atau mak aku.

“Takpe bang. Syurga abang kat mak abang”

6. SABAR DALAM BERSABAR

Tiada ubat lain untuk terus menjaga hubungan. Sabar. Sabar. Terus bersabar. Bukan senang nak bersabar. Tapi kita harus kekela sabar untuk bersabar.

Ada kelemahan pasangan. Sabar
Hidup dengan pasangan susah. Sabar
Masih belum dikurniakan anak. Sabar
Pasangan banyak kerenah sabar

Bercakap ketika marah hanya akan merumitkan keadaan. Silent is the best remedy. Cakap hanya ketika waktu yang bersesuaian dan ketegangan sudah reda. Akal kembali menguasai emosi.

perceraian di malaysia

*Akhir sekali, doa bersungguh-sungguh agar hubungan kita ini Allah SWT pandu dan jagakan supaya terhindar dari ujian. Mudah cakap ketika tidak diuji. Ketika ujian melanda takut-takut emosi dan rasa bermaharajalela.

Baca juga: Tiada Istilah ‘Kawan Baik’ Selepas Bercerai, Anak-Anak Bukan Alasan Untuk Bergaul Rapat

Sumber: Ahmad Zulqurnain Ghazali

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×