Suami Isteri

Bilangan Perkahwinan Penduduk Malaysia Menurun, Perceraian Pula Yang Meningkat…

3
SHARES
perkahwinan

Bilangan perkahwinan penduduk negara ini merekodkan penurunan sebanyak 0.5 peratus iaitu 214,824 pada tahun 2022 berbanding tahun sebelumnya, 215,973. Laporan ini dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) dan turut mendedahkan bilangan perceraian melonjak sebanyak 43.1 peratus.

Kenapa begitu ramai orang nak bercerai dan mengakhiri hubungan perkahwinan?

Baca juga: Hukum Suami/Isteri Guna Panggilan ‘Ayah’ Dan ‘Ibu’, Mufti Jelas Sebab Ramai Tanya

BILANGAN PERKAHWINAN MENURUN, PERCERAIAN MENINGKAT

perkahwinan

Menurut laporan yang diambil dari Sinar Harian, jumlah perceraian pada tahun 2022 adalah 62,890 berbanding 43,936 pada tahun 2021.

Ketua Perangkawan Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin berkata, penurunan bilangan perkahwinan ini disumbangkan oleh penurunan 4.1 peratus bilangan perkahwinan Orang Islam pada 2022 iaitu 168,726 berbanding 176,002 pada tahun 2021. Tiga negeri yang menunjukkan penurunan tertinggi perkahwinan orang Islam adalah Putrajaya iaitu 19.6 peratus diikuti Perak (12.8) dan Terengganu (11.3).

Menurut beliau, daerah Petaling, Selangor mencatatkan bilangan perkahwinan tertinggi bagi iaitu 8,602. Diikuti Johor Bahru, Johor (7,770) dan Ulu Langat, Selangor (6,347).

Bukan itu sahaja, statistik juga menunjukkan umur pengantin lelaki paling tua adalah 92 tahun manakala pengantin wanita paling tua pada usia 86 tahun.

Beralih pula kepada perkara yang merisaukan adalah peningkatan 45.8 peratus penceraian orang Islam. Ini adalah disebabkan oleh kes-kes yang dibawa ke hadapan daripada tahun sebelumnya. Kadar perceraian am meningkat bagi lelaki Islam daripada 7.1 pada tahun 2021 kepada 10.4 bagi setiap 1,000 penduduk lelaki Islam berumur 18 tahun dan lebih yang berkahwin pada 2022.

Kadar perceraian am bagi perempuan Islam turut mencatatkan peningkatan kepada 10.6 berbanding 7.3 untuk tempoh sama bagi setiap 1,000 penduduk perempuan Islam berumur 16 tahun ke atas.

*Jika hubungan masih boleh diperbaiki, cuba dahulu dan jangan terus mengambil keputusan untuk berpisah. Mana tahu boleh menyesal!

perkahwinan

Baca juga: Rancang Kahwin Tahun Depan? Nah, Ini Tarikh Cantik 2024 Untuk Bakal Pengantin Pilih!

Sumber: Sinar Harian

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×