Suami Isteri

7 Punca Suami Isteri Bergaduh Boleh Bawa Bercerai, No. 2 Jangan Sesekali Buat!

201
SHARES
punca suami isteri bergaduh

Pertengkaran atau pergaduhan perkara yang tidak mungkin boleh dielakkan. Kadang-kadang disebabkan perkara kecil pun boleh jadi hal yang besar. Termasuklah beberapa punca suami isteri bergaduh yang boleh membawa kepada penceraian seperti senarai di bawah ini.

Berhati-hati apabila bergaduh bersama pasangan untuk mengelakkan terjadinya penceraian. Berbincang lah ketika anda berdua sedang dalam keadaan rasional dan tidak membawa dengan emosi yang sedang membara.

Jadi, mari lihat senarai punca suami isteri bergaduh yang boleh membawa kepada penceraian, sekiranya tidak ditangani dengan baik.

Baca juga: Manfaat Urutan Yoni, Beri Sensasi Baru Dalam Menerokai Titik Sensual Faraj Wanita

PUNCA SUAMI ISTERI BERGADUH

punca suami isteri bergaduh

Gambar: hellodivorce

1. Perbezaan pendapat

Kadang-kadang jika terlalu lama menjalinkan hubungan, anda akan menyedari bahawa ada perbezaan pendapat antara anda dan pasangan. Tidak kira soal perbezaan hobi, dunia kerja, persahabatan dan gaya hidup.

Hubungan percintaan memang boleh menyatukan pelbagai perbezaan, tapi jika itu menyebabkan anda dan si dia bertengkar terus menerus. Sebaiknya mula berfikir untuk menilai kembali hubungan yang sedang dijalani.

2. Masa lalu

Setiap orang pasti merasa tidak selesa jika hubungan masa lalu selalu diungkit-ungkit. Apatah lagi orang yang mengungkitnya adalah pasangan anda.

Pertengkaran yang kerap berlaku, biasanya disebabkan salah seorang membandingkan pasangan dengan bekas kekasihnya, atau dia terus menerus bertanya tentang hubungan masa lalu. Seeloknya hubungan masa lalu hanya dilihat sekali sahaja sebagai pengajaran untuk melangkah lebih baik ke hadapan.

3. Cemburu

Cemburu bukan lah hal yang menghairankan, tetapi ia merupakan salah satu penyebab utama pasangan bertengkar. Jika anda mendapati kekasih berjalan dengan wanita lain atau bersikap manis dengan rakan perempuannya, pasti akan ada rasa kesal.

Begitulah sebaliknya, si dia juga akan rasa cemburu jika melihat anda berkumpul bersama rakan–rakan lelaki. Cemburu sangat wajar dalam percintaan, namun jangan sampai berterusan jadi cemburu buta yang boleh merosakkan hubungan percintaan.

4. Keutamaan

Kutamaan seringkali menimbulkan konflik antara pasangan, jika keutamaan anda dan si dia berbeza. Dia mengutamakan hubungan, sementara anda menganggap kerja lebih penting.

Pasangan sangat mementingkan keluarganya, sedangkan anda ingin mendapat perhatian lebih dari apa pun. Jika anda ingin hubungan berkekalan, sebaiknya berbincang lah dahulu hal yang paling utama bagi anda berdua.

Baca juga: Urutan Zakar Teknik Jelqing Buat Abang ‘Punya’ Jadi Besar & Ereksi Tahan Lama!

5. Tekanan

punca suami isteri bergaduh

Gambar: educaloi

Gangguan emosi ini pun boleh menyebabkan pasangan suami isteri bertengkar. Seringkali seseorang akan terkena tempias amarah kerana mendapat tekanan di pejabat atau mempunyai masalah keluarga.

Jika tekanan ini menyebabkan anda tertekan, lebih baik minta pada pasangan untuk tidak bertemu buat sementara waktu sehingga fikiran kembali jernih agar tidak mengganggu hubungan percintaan.

6. Mengajak keluar

Pencetus pertengkaran yang sering terjadi adalah apabila pasangan mengajak anda keluar. Pasangan ingin mengajak anda keluar bersama rakan-rakannya, anda menolak, tetapi dia tetap keluar bersama rakannya.

Ia boleh menimbulkan perasaan kesal dan tidak dipedulikan. Tidak salah anda menemani pasangan anda untuk berkumpul dengan rakan-rakannya. Anda pun boleh menjalin persahabatan dengan lebih banyak lagi.

7. Wang

Bertengkar kerana wang tidak hanya dialami oleh mereka yang sudah berkahwin. Ketika sedang bercinta pun, pasangan boleh bertengkar kerana masalah wang.

Misalnya, pasangan akan mengadu tentang kebiasaan wanita menghabiskan wang belanja, menanyakan gaji di tempat pasangan bekerja atau berapa jumlah wang simpanan di akaun pasangannya.

Wang merupakan masalah yang sensitif untuk dibicarakan pasangan kekasih, jadi sebaiknya tidak perlu membincangkan perkara itu kecuali sudah berniat menikah.

Baca juga: Membuak Benci Tak Boleh Lihat Wajah Pasangan, Amalkan Surah Ini Ikhtiar Sihir Pemisah!

Sumber: WOM

FT Image: terryandrobertslaw

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×