Suami Isteri

“Tiap Malam Saya Rasa Nak Cerai,”- Suami Tak Belai Isteri Terkilan, Bukan Harta Dikejar!

29
SHARES
tips rumah tangga bahagia

Apabila tidur malam isteri tiba-tiba berasa ingin bercerai itu merupakan tanda amaran yang suami perlu berjaga-jaga. Sebagaimana kisah yang dikongsikan Tuan Akhtar Syamir ini wajar diambil iktibar pasangan di luar sana. Jadi, pentingnya setiap pasangan untuk mengetahui tips rumah tangga bahagia supaya tidak berlakunya perceraian.

Ingat wahai suami, memang benar kebendaan yang anda sediakan turut menjamin kebahagiaan rumah tangga. Namun, jika material diukur sebagai kunci kebahagiaan dan tanpa makanan jiwa, tanpa belaian cinta dan kasih sayang, bunga yang mekar akan layu juga.

Baca juga: Tiang Rumah Tangga Boleh Retak, Bila Suami Lepas Pandang 9 Nafkah Batin Isteri!

TIPS RUMAH TANGGA BAHAGIA

tips rumah tangga bahagia

Gambar: freepik

“Kadang-kadang masa nak tidur malam tu saya rasa nak bercerai,” kata seorang isteri yang pm saya di Telegram.

Saya cakap pada dia, sabarlah. Jangan macam itu. Dengan usia perkahwinan mereka baru nak masuk 3 tahun dan anak yang baru berumur 1 tahun, mungkin dia perlu fikir masak-masak apabila perkataan cerai itu terlintas di fikiran.

Tetapi ada sisi yang kita selalu terlupa. Apabila dia cakap yang,

“Saya seorang suri rumah, tapi apa yang saya nak, suami bagi. Cuma saya rasa kurang kasih sayang macam belaian atau pujian.” “Bila saya cakap pasal kasih sayang, pasal bahasa cinta yang Tuan tuliskan sebelum ini, dimarahnya saya. Merepek katanya.”

Dekat sini kita boleh nampak dengan jelas sebenarnya apa yang si isteri ini mahukan.

Baca juga: Elak Tergelincir Semasa Mandi Bersama, Mama Papa Ini 7 Tips ‘Shower S*x’ Selamat!

Isteri juga mendambakan belaian dan kasih-sayang seorang suami bukan dilimpahi material sahaja

Makan, pakai dan segala bentuk kebendaan itu adalah benda yang normal. Bukan tidak bersyukur ada tempat tinggal, makan dan pakai yang mencukupi. Tetapi, kita sebagai manusia ini bukan hanya mahukan perkara asas sebegitu.

Jika anak pun kita perlu belai dan sayangi, kenapa tidak isteri? Kadang-kadang perasan tak?

Orang yang kita nampak hidup mereka susah, tapi si isteri sangat sayang kepada si suami dan suami sangat sayang kepada isterinya. Mereka bergelak ketawa dan bermesra. Tak nampak macam orang susah pun.

tips rumah tangga bahagia

Gambar: shisuka

Ini kerana, untuk sayang menyayang, tidak semestinya perlu kebendaan. Ada orang lebih sayang dekat suami bila suami pakai kereta besar. Ada yang suami ada motor sahaja pun dah cukup rasa bahagia bila dia keluar belikan goreng pisang untuk isterinya.

Nampak tak konsep kebahagiaan dekat sini? Apabila kita membahagiakan dengan layanan, kita tak perlu membuktikan apa-apa pun dengan kebendaan.

Tapi ramai suami salah faham tentang konsep kebahagiaan

Tapi ramai suami salah faham. Mereka ingat isteri mahukan itu dan ini, sedangkan yang mereka mahukan adalah kasih sayang suami.

Tak perlu terlalu memikir, layan saja isteri tu. Bukan orang lain, isteri sendiri dan ibu kepada anak kita. Tak perlu keras sangat dan jangan biarkan dia keseorangan.

Nanti rumah tangga jadi bosan. Bukan sebab isteri tu yang membosankan, tetapi suami yang tidak melayani isteri. Jangan keliru dalam hal ini dan kemudian mencari alasan untuk curang.

Kita selalu ingat yang isteri kita terlalu memikirkan yang bukan-bukan. Tapi sebenarnya kita tersalah anggap apa yang mereka perlukan.

Baca juga: Ini 5+ Topik Perbincangan Bakal Pengantin Perlu Lakukan Bersama, Bukan Syok Naik Pelamin Saja!

Sumber: Akhtar Syamir

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×