Famili

Ini Sebab Kenapa Isteri Masih Pertahankan Rumah Tangga, Walaupun Jiwa Dah Kosong- Dato’ Dr Fadzilah Kamsah

45
SHARES

Pasang surut dalam perkahwinan pasti akan berlaku kerana tidak selalunya indah. Itu yang akan mengajar pasangan saling melengkapi, berubah demi kebaikan dan memperbaiki kekurangan yang timbul.

Namun, apabila konflik yang timbul tidak diendahkan suami, malah ‘dipijak’ tanpa sedar ia menyebabkan satu lagi jiwa berubah menjadi kosong dalam masih mempertahankan rumah tangga yang dibina. Ini sebab kenapa isteri masih mempertahankan mahligai yang dibina dari Dato’ Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah.

Baca juga: Suami Akhir Zaman Perlu Sedar 3 Dosa Kerap Dilakukan – Dato’ Dr Fadzilah Kamsah

5 SEBAB KENAPA ISTERI MASIH MEMPERTAHANKAN RUMAH TANGGA

Gambar hiasan: AndrewLozovyi – VistaCreate.com

Ada sebab kenapa seorang isteri masih mempertahankan rumahtangga yang kalian bina:

1. BILA ISTERI DAH SAYANG BUKAN SENANG NAK BENCI & MENINGGALKAN

Kalau dah sayang, bukan senang nak benci dan pergi macam itu je.

Seorang isteri akan cuba perbaiki kelemahan diri dan belajar untuk jadi yang terbaik. Dia perbaiki semua salah silapnya dan nak suaminya jatuh cinta dengannya lagi.

Walaupun pada dasarnya isteri itu tak salah apa. Suaminya yang beralih arah ke wanita lain.

Fitrah wanita, susah nak jatuh hati lagi dengan lelaki lain. Cukup satu je. Yang lain, fokusnya hanya pada anak-anak dan urus rumahtangga sahaja.

2. ISTERI SELALU BERHARAP SUAMI AKAN BERUBAH & SEDAR KESILAPAN YANG DIBUAT

Gambar hiasan: iStock – GettyImages.com

Mereka ini selalu berharap untuk kalian berubah. Berharap bahawa kalian sedar salah dan silap kalian. Dan jadi macam lelaki yang mula-mula mereka kenal dahulu.

Siang malam mereka berdoa supaya kalian dilembutkan hati, direndahkan ego dan menerima kasih sayang mereka dengan terbuka.

3. WANITA PILIH KAHWIN HANYA SEKALI, SUDAH FIKIR BERKALI-KALI SEBELUM TERIMA LELAKI

Perempuan ni, sekali kahwin cukup sudah tu. Nak ‘start all over again’ itu tak pernah ada dalam fikirkan mereka. Mereka rasa letihnya nak mulakan lagi hubungan baru.

Cukuplah seorang lelaki je yang mereka pilih sebagai pasangan hidup. Sebab mereka ni dah fikir 2-3 kali sebelum terima kalian tau.

4. SEKIRANYA WANITA BERUMAH TANGGA LAGI, NEKAD TERIMA LELAKI LAIN KERANA ANAK-ANAK

Gambar hiasan: MutuSystem.com

Sungguhpun jika suatu saat nanti berumah tangga lagi, dia kena fikir macam-macam. Bukan sahaja nak terima seorang suami baharu, malah nak terima mertua baharu, keluarga baharu dan masa itu macam-macam pengalaman yang kena tempuh lagi.

Namun pada masa itu, mereka nekad juga terima lelaki lain atas dasar anak-anak perlu kasih sayang seorang ayah.
Susah kalau nak lebih dari itu.

5. ISTERI AKAN BERSUNGGUH PERTAHANKAN WALAUPUN KURANG LAYANAN SUAMI

Bila isteri ini dah buat yang terbaik, maka dia akan pertahankan sungguh-sungguh. Walaupun dilayan macam mana sekali pun, dibuat endah tak endah, tetap juga dia berusaha mempertahankan rumahtangga.

Dia tak putus asa selagi ada kudrat dan hati untuk diperjuangkan. Dia cuba sedaya upaya untuk pertahankan mahligai yang terbina.

PARA SUAMI DI LUAR SANA, WALAUPUN PADA HAKIKATNYA JIWA ISTERI TELAH KOSONG…

Gambar hiasan: PesonaPengantin.com

Para suami di luar sana, Tok Abah kerap mendengar rintihan pelbagai latar belakang seorang yang bernama isteri.

Masih ramai yang sehingga ke saat ini mempertahankan rumah tangga walaupun pada hakikatnya jiwa mereka telah kosong. Hati mereka telah berkecai dan remuk tak boleh dibaiki.

Namun mereka masih usaha dan tersenyum hanya demi rumah tangga dan anak-anak yang perlukan kehidupan berkeluarga yang bahagia.

Pesan Tok Abah, renung-renungkanlah. Sedarlah bahawa isteri kalian sedang berjuang tu. Jangan kecewakan mereka lagi. Ubahlah diri kalian selagi sempat.

Kerana hati yang bertahan tak selamanya kuat. Bila sampai hadnya, mereka juga terpaksa mengalah demi ego seorang suami.

Kembalikan peribadi seorang suami mithali.

Sumber: Facebook Dato’ Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×