Famili

Suami Akhir Zaman Perlu Sedar 3 Dosa Kerap Dilakukan – Dato’ Dr Fadzilah Kamsah

48
SHARES

Agama, nafkah dan tanggungjawab dalam kehidupan rumah tangga amat penting peranannya. Sekiranya ia ditinggalkan dan diabaikan, maka keserian dalam fasa ini akan hilang dan tiada cahayanya. Mulahlah, berlakunya pergolakan rumah tangga.

Sebagaimana yang dikongsikan oleh Dato’ Dr Haji Mohd Fadzilah Kamsah, tiga perkara ini adalah dosa yang kerap dilakukan saban hari oleh suami akhir zaman. Mengabaikan hal agama, melupakan nafkah isteri dan tanggungjawab urusan rumah. Jom baca!

Baca juga: “Saya Akan Rasa Lebih Bermaruah,”- Suami Tuntut Cerai Dek Terkilan Diperlekeh Isteri & Keluarga Mentua!

TIGA DOSA KERAP DILAKUKAN SUAMI AKHIR ZAMAN

Gambar hiasan: Google.com

Suami akhir zaman perlu sedar tentang 3 dosa yang kerap dilakukan saban hari iaitu:

1. TIDAK MELETAKKAN AGAMA SEBAGAI ASAS UTAMA DALAM RUMAH TANGGA

Seorang suami yang berpegang teguh pada agama akan selalu menjadi ketua di rumah dengan cara mengimamkan solat berjemaah.

Seorang suami itu juga selalu mengajak isterinya mengaji bersama-sama serta berpesan-pesan tentang kebenaran dan kesabaran.

Sedihnya hari ini, berapa ramai hari ini, suami sendiri tidak bersolat. Suami sendiri yang mengabaikan hal agama buat rumahtangga jadi terumbang-ambing.

2. TIDAK MENYEDIAKAN NAFKAH YANG MENCUKUPI UNTUK ISTERI

Gambar hiasan: GettyImages/iStockPhoto.

Pendapatannnya hanya untuknya, sedang isteri sampai perlu meminta berulangkali baru diberi. Itupun, ada yang membentak dan marah. Sehingga suruh usaha sendiri.

Benar, hari ini, ramai isteri bekerja. Mereka ini ramai yang berusaha untuk bantu ringankan beban suami.

Walhal, pada dasarnya segala pendapatan isteri adalah milik isteri dan segala keperluan asas perlu ditampung oleh suami.

3. MEMBIARKAN ISTERI URUSKAN RUMAH SENDIRI

Gambar hiasan: AnitasHousekeeping.com

Sebenarnya, urusan rumah adalah urusan suami. Isteri hanya membantu dan melancarkan urusannya sahaja.

Namun, kita sudah terbiasa, suami penat bekerja di rumah maka isterilah yang kena fokus jaga rumah. Walhal ramai isteri bekerja sekarang dan urusan rumah tangga adalah tanggungjawab bersama.

Tiada yang terkecuali.

JIKA DI DUNIA TAK MAMPU WUJUDKAN ‘SYURGA’ RUMAH TANGGA, BAGAIMANA DI AKHIRAT SANA…

Gambar hiasan: KidSpot – iStock.

Anak cucu dan sahabat Tok Abah,

Nak pastikan rumah tangga kita sentiasa harmoni, jangan pernah mengabaikan tanggungjawab masing-masing dalam berumah tangga. Kita berkeluarga ini bukan untuk sehari dua. Hasrat dan matlamat kita, nak berbahagia sampai syurga.

Namun, jika di dunia pun kita tak mampu wujudkan ‘syurga’ dalam rumah tangga, bagaimana nak menempa syurga di akhirat sana.

Sama-sama kita ambil iktibar dan manfaat bersama. Peringatan untuk kita semua.

Sumber: Facebook Dato’ Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×