Famili

“Saya Akan Rasa Lebih Bermaruah,”- Suami Tuntut Cerai Dek Terkilan Diperlekeh Isteri & Keluarga Mentua!

68
SHARES

“Isteri tak tahu dek untung…”

Istilah biasa digunakan kepada isteri yang tidak tahu erti bersyukur apabila dijodohkan dengan seorang suami yang baik tetapi tidak reti menghargai. Malah, si suami disindirnya lagi termasuk keluarga isteri. Apa nak jadi?

Itulah kisah benar yang terjadi kepada bekas ‘client’ Puan Normaliza Mahadi yang telah mengizinkan kisah bekas rumah tangganya dikongsikan sebagai pengajaran buat masyarakat di luar sana.

Baca juga: ‘Wanita Bahagia Bertutur 20 Ribu Perkataan Sehari’- Awas Bila Berubah Jadi Pendiam, Khuatir Ada ‘Repression’!

KISAH BEKAS SUAMI YANG TERKILAN & DISAKITI

Gambar hiasan: Crosswalk.com.

Dalam hantaran itu menceritakan, lelaki tersebut berasa terkilan dengan kelakuan bekas isteri yang tidak menghargainya kerana tidak mampu memberikan kehidupan yang mewah. Malahan, keluarga mentua turut menyindir atas kekurangannya itu.

Walaupun, keseluruhan gajinya yang kecil itu telah diberikan sepenuhnya untuk kehidupan isteri dan anak-anak namun dirinya masih diperlekehkan. Mari, ikuti kisah ini.

“SAYA HAPPY OKAY JE NAIK MOTOR & MAKAN SEKADARNYA, TAPI TERKILAN BILA ISTERI…”

Kes lama klien saya untuk pengajaran dan pemahaman umum. Bekas klien saya mengizinkan saya berkongsi secara umum kesnya tanpa menyebut nama dan tempat serta tiada perincian kes.

Klien ini berjumpa saya sewaktu dalam proses memohon penceraian atas sebab tidak sefahaman dengan isteri. Saya minta dia beritahu apa yang dia harapkan terjadi jika cerai ini berlaku.

“Saya akan rasa lebih bermaruah,” jawabnya.

“Ulas lagi?”

“Saya ini suami yang bergaji kecil. Tak mampu nak mewahkan hidup isteri dan anak-anak. Keseluruhan gaji saya adalah untuk membayar rumah, kereta dan makanan anak-anak. Saya hanya menyimpan sedikit untuk minyak motor dan makan di tempat kerja.”

“Masalah kewangan?”

“Bukan. Saya tak ada isu menyumbangkan semua gaji saya untuk isteri dan anak-anak. Saya happy. Saya ok naik motor dan makan sekadarnya. Hanya saya terkilan apabila isteri dan keluarganya yang sering memperlekehkan saya.”

“Contoh?”

KELUARGA MENTUA PUN TURUT MENYINDIR

Gambar hiasan: BrideStory.com

“Isteri akan kata dia mahu hidup macam orang lain. Boleh pergi berjalan-jalan. Boleh makan sedap setiap minggu. Dia nak merasa saya belikan barang mewah. Sedangkan dia tahu semua pendapatan saya adalah untuk keluarga.

“Saya sudah tidak ada extra lagi untuk lebih dari itu. Dan bila ada keluaran kereta terbaru, keluarga isteri akan menyindir saya kerana saya tidak mampu.”

“Jadi you rasa semua pengorbanan macam tak ada nilainya. Dan jika bercerai you rasa lebih bermaruah sebab tak perlu berhadapan dengan isteri dan keluarganya?”

“Iya. Saya masih akan berikan apa yang saya dah bagi selama ni. Saya tak akan kurangkan. Tapi saya tak berdaya nak bertahan dengan isteri yang tak nampak pengorbanan saya.”

By NM. Sekian. Beliau masih lagi bekas suami yang baik.

“RUGINYA SI ISTERI…ISTERI YANG TAK RETI DEK UNTUNG,” – NETIZEN

Menjengah di ruangan komen, ternyata perkongsian ini memberikan pelbagai reaksi dalam kalangan netizen. Terdapat ramai yang meluahkan rasa kasihan kepada lelaki tersebut, selain mendoakan agar bertemu wanita yang menghargainya.

Malah, ada juga yang menyatakan bahawa ruginya wanita tersebut kerana tidak menghargai suami sebaik itu. Memang tak reti nak bersyukur.

Sumber: Facebook Normaliza Mahadi

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×