Famili

‘Wanita Bahagia Bertutur 20 Ribu Perkataan Sehari’- Awas Bila Berubah Jadi Pendiam, Khuatir Ada ‘Repression’!

50
SHARES

Melalui perkongsian bermanfaat dari Puan Saidatul Husna, dalam sistem psikologi wanita itu sendiri, perlu bertutur hampir 20,000 perkataan setiap hari. Manakala, setiap hari bagi lelaki hanya 7,000 perkataan.

Orang perempuan bercakap banyak itu normal, namun apa yang dikhuatirkan bila mereka berubah menjadi pendiam luar biasa. Bimbang perubahan ini disebabkan mengalami ‘repression’ iaitu emosi terpendam di mana, ia sudah dibuang ke satu sudut lain tetapi tidak dihapuskan. Jadi emosi negatif itu semakin hari semakin tebal dan menekan.

Baca juga: “Kita Mula Bandingkan Pasangan Dengan Orang Lain”- Jangan Letak Pandangan Pada Sesuatu Tak Kekal Lama

WANITA PERLU BERTUTUR HAMPIR 20,000 PERKATAAN SETIAP HARI, LELAKI PULA…

Orang perempuan bila mula bercakap banyak, itu tanda mereka normal. Tambahan bila berkumpul sama mereka di kedai, masuk lepas itu keluar dan masuk balik pun ada saja cerita sabung-menyabung yang tidak tahu bilanya nak habis.

Tak apalah itu biasa. Kerana sistem psikologi wanita itu sendiri perlu bertutur hampir 20,000 perkataan setiap hari. Manakala lelaki pula hanya 7,000 perkataan setiap hari.

Bagi saya wanita yang bercakap ni adalah normal. Yang tidak normal tu bila banyak simpan, banyak sangat berahsia melainkan jika keturunan jenis pendiam.

Jika sebelum ini dia jenis banyak cakap kemudian bersendiri dan tak suka bercerita dengan sesiapa, bimbang ada yang tak kena.

Dengan orang luar itu normal kita berjaga-jaga cuma, jika dengan orang yang rapat seperti pasangan atau kawan baik pun asyik berahsia kemungkinan ada sesuatu dalam diri yang tidak selesai.

JIKA LUAHAN DISALAH ERTI, BUAT WANITA MUDAH FOBIA DENGAN PERCAKAPAN…

Gambar: Tirachardz – Freepik.com

Biasa tak berada dalam situasi di mana kita mengelak untuk jumpa dengan perkara yang membuat kita fobia.

Contoh mudah bila berjumpa lipas, rasa geli tu kalau tidak menjerit sekuatnya paling kurang melompat tinggi hingga ke siling. Fobianya pada lipas kalau boleh tak mahu lihat, dengar atau tahu pun apa tentang lipas.

Begitu juga dengan sistem emosi dan psikologi. Ada trauma yang menyebabkan para wanita mudah fobia jika berhubung kait dengan percakapan.

Tambahan jika luahan mereka disalah erti, dinilai negatif apalagi pendapat mereka dianggap remeh.

Ia antara punca ramai wanita memilih untuk menyimpan luahan mereka sehingga menjadi tekanan pada jiwa, emosi dan perasaan. Ditekan-tekan sehingga membengkak dan stress.

DALAM PSIKOLOGI DIPANGGIL ‘REPRESSION’ IAITU EMOSI TERPENDAM

Gambar hiasan: Drazen Zigic – Freepik.com

Ini yang dalam psikologi dipanggil sebagai repression. Emosi terpendam yang dibuang ke satu sudut tetapi tidak dihapuskan. Jadi emosi negatif itu semakin hari semakin tebal dan menekan.

Repression ini tak elok. Jika berterusan dan tidak dikawal, boleh membawa kepada masalah kesihatan mental. Pesan-pesan ya pada orang tersayang penting sangat momen bercakap dan mendengar ni.

Tidak jatuh nilai seseorang yang meluangkan masa mendengar luahan hati dan tidak jatuh juga ego suami mendengar luahan daripada hati kecil isterinya yang tersayang.

Saidatul Husna, Jangan diam terlalu lama.

Sumber: Facebook Saidatul Husna

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×