Famili

“Kita Mula Bandingkan Pasangan Dengan Orang Lain”- Jangan Letak Pandangan Pada Sesuatu Tak Kekal Lama

29
SHARES

Apa yang membuatkan anda mencintai pasangan sendiri? Kerana paras rupa atau peribadinya? Benar, cantik itu memang sedap mata memandang, namun fizikal manusia berubah seiring dengan masa dan usia. Bahkan kecantikan itu tidak kekal lama.

Melalui hantaran yang dikongsikan oleh saudara Firdaus Shakirin, hati sifatnya berbolak-balik. Diri anda yang sepatutnya menetapkan ‘pandangan’ terhadap pasangan pada tempat yang betul. Bukan pada sesuatu yang tidak kekal lama.

Baca juga: Ketahui Rahsia Di Sebalik Kekuatan Cium Tangan & Kucup Kening Pasangan!

SALAH DIRI LETAK ‘PANDANGAN’ TERHADAP ISTERI PADA SESUATU YANG TAK KEKAL LAMA

Gambar hiasan: iBelieve.com

Hari ini tengok pasangan kita tu elok dah, lawa dah. Esok pula tengok, pasangan kita macam ada tak kena, terkurang dekat sini sana.

Hati itu kan sifatnya sentiasa berubah-ubah, bolak-balik. Kita start banding je pasangan kita dengan orang lain, dengan apa yang kita nampak di luar dari rumah, terus lagi kuat perubahan hati itu. Lagi kuat perasaan bolak-balik itu.

Kita sendiri tak tetapkan “pandangan” kita pada isteri kita. Apa perasaan kita, apa yang kita sebagai seorang lelaki letak dalam hati terhadap isteri sendiri.

Kita letak penampilan dia ke, kita letak paras rupa dia ke, kita letak tutur kata dia ke, kita letak budi bahasa dia ke, kita letak akhlak dan cara dia ke sebagai pandangan yang membuatkan hati kita terpaut pada dia.

Kita kasih dan sayang dia sebab apa. Kalau letak pada rupa, what if rupa dia berubah selepas melahirkan anak?

SAMPAI BILA-BILA KETETAPAN HATI HANYA MILIK DIA JIKA LETAK DI TEMPAT BETUL

Gambar hiasan: iStock.com

Salah kita sebab letak pada sesuatu yang tak kekal lama. Pandangan kita pada dia akan berubah once rupa dia berubah, maka hati pun turut serta berubah sebab dari mata turun ke hati.

  1. Letaklah pandangan kita itu pada kebaikan isteri kita.
  2. Letaklah pandangan kita itu pada pengorbanan isteri kita.
  3. Letaklah pandangan kita itu pada apa yang isteri dah buat untuk kita.

Nescaya sampai bila-bila ketetapan hati itu hanya milik dia. InsyaAllah.

“SAYA SAYANG SUAMI BUKAN KERANA PARAS RUPA, 17 TAHUN DAH BERSAMA…”

Meninjau di ruangan komen, ternyata ramai dalam kalangan netizen yang bersependapat dengan hantaran ini.

Ada dalam kalangan isteri yang bersyukur dengan tidak meminta lebih, hanya suami perlu pandai menghargai dirinya. Malah, doa itu adalah satu senjata yang kuat untuk memastikan suami sentiasa menundukkan pandangan dan dari berubah hati kepada wanita lain.

Terdapat juga komen yang menyatakan, dia menyayangi suaminya bukan kerana paras rupa yang kini, usia perkahwinan mereka telah memasuki 17 tahun. Semoga berkekalan jodoh anda berdua.

Sumber: Facebook Firdaus Shakirin

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×